Menanggung Hutang Ayah – Anak Trauma Dikejar Ceti

posted in: Info Takaful, Viral | 0

Viral baru-baru ini dimana anak sulong bagi sebuah keluarga ini hidup terhimpit dengan bebanan baru yang menimpa selepas kehilangan orang tua yang disayanginya. Dalam sekelip mata dia terpaksa menanggung hutang ayah nya yang telah pun meninggal dunia. Bak kata pepatah, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

 

Ketika arwah masih hidup, beliau ditakdirkan menghidapi kanser otak. Seperti sedia maklum, penyakit ini memerlukan kos rawatan yang amat mahal. Apabila seseorang mengidapi kanser, anda perlu tahu bahawa kanser adalah penyakit yang perlu dirawat segera kerana dikhuatiri kanser itu merebak.

 

Sekiranya ahli keluarga berada dalam keadaan tersebut, sudah pasti kita akan usahakan apa sahaja yang boleh untuk mendapatkan rawatan. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mencari dana perubatan dengan cepat. Dengan sifat kasih dan sayang seorang isteri yang tidak sanggup kehilangan suami tercinta nekad membuat keputusan untuk meminjam sejumlah wang kepada ceti.

 

Pelan Perlindungan Takaful

Bagi yang baru terasa nak ambil tahu pasal takaful, cara yang paling mudah adalah dengan bertanya terus kepada ejen takaful. Akan tetapi, biasanya anda berasa takut nak jumpa ejen takaful dan cuba mengelak dengan beri pelbagai alasan.

 

” nak jumpa aku pasal takaful eh? Sori… aku sibuk.”

 

Takaful ada pelbagai pelan yang mampu membantu anda sewaktu musibah yang tidak di jangka menimpa. Kamu boleh memilih pelan yang anda mampu miliki dan mengikut bajet anda.

 

A) Income protection:

–  Hibah RM100,000

– Sakit kritikal 80,000

B) Pengurusan Harta:

–  Hibah RM250,000

 

Kedua-dua pelan ini bermula dengan hanya RM 100 / bulan. Macam mana? RM 100 ni pun takut nak ‘commit’? Jika anda tidak bayar RM 100 ini untuk pelan takaful, kemungkinan secara tidak sedar anda akan belanjakan duit tersebut pada sesuatu yang tidak berfaedah. Jika anda hidup tiada harta di dunia, kemungkinan kita ada hutang yang banyak.

 

Hutang Wajib Bayar Walaupun Tidak Dituntut

 

Jika kamu tiada harta untuk diwarisi, Janganlah kita mewariskan hutang kita. Seperti yang saya nyatakan diatas, anak terpaksa menganggung hutang ayah nya hanya kerana meminjam duit untuk rawatan. Sekiranya ayah ada perlindungan takaful, pastinya perkara ini tidak akan berlaku.

 

menanggung hutang ayah

 

Berdasarkan ‘screenshot’ mesej diatas menunjukkan yang anak tersebut berada dalam keadaan trauma akibat daripada menanggung hutang ayah. Betapa kritikalnya sampai tak boleh nak tidur. Sanggupkah anda untuk lakukan sedemikian rupa kepada anak anda nanti? Saya yakin tiada seorang ayah pun yang inginkan perkara ini terjadi pada anaknya.

 

Kita boleh ambil iktibar dari kisah anak yang menanggung hutang ayah yang saya kongsikan ini. Semoga perkara ini dijauhkan daripada kita semua. Insyaallah. Kita boleh corakkan masa depan anak kita dengan membuat perancang kewangan sekarang.  Ambil pelan takaful yang sesuai. Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *