Sakit Buah Pinggang – Perubahan Hidup Sewaktu Umur 30 Tahun

Ada orang kata hidup ini selalu berubah. Bak kata orang putih life change. Hari ini tak akan sama dengan semalam. Begitulah hari-hari seterusnya. Tapi sejauh manakah perubahan tersebut kepada gaya hidup kita?

Life change ni boleh jadi positif. Ada juga akan jadi negative. Semuanya bergantung pada apa yang dilakukan sebelum ini. Satu perkara yang pasti, perubahan ini tidak dapat dielakkan.Ianya tetap akan berlaku.

 

Life Change at 30…

 

Kerjaya sebagai ejen takaful membuatkan saya selalu berjumpa orang. Memang menjadi kebiasaan bila ada kelapangan, saya akan lepak dengan sahabat serta klien. Bila dah jumpa, mulalah macam-macam topik keluar. Maklumlah bukan selalu jumpa.

Namun kini ianya menjadi sedikit berbeza. Kali ni saya datang melawat sahabat / klien bukan lagi topik biasa yang selalu sembang. Suasana pun dah tak semacam dulu. Takde lagi cerita bab kerja, awek. Cerita pasal medikal kad, pasal saving, pasal bil hospital pun dah takde.

 

 

Baru-baru ini saya bertemu seorang sahabat lama saya. Kebetulan dia yang ajak jumpa.

Aku ajak jumpa sebab ada hal nak bincang skit. Ko boleh tolong cekkan tak berapa pampasan kematian aku?


Saya terdiam. Soalan yang tak diduga dari sahabat. Dalam hati rasa macam “it must be something wrong.” Bila soalan macam ni datang bukan tak tahu nak jawab, tapi saya rasa serba salah.

Aku dah dapat result, doktor sahkan buah pinggang aku dah final stage.

 

Allahuakbar, lumrah jadi ejen takaful ni memang melibatkan emosi. Sedih hati dengar berita ni Allah sahaja yang tahu. Seharian saya tak buat sales sebab rasa sangat ‘down’ selepas terdengar berita tersebut.

Yelah member kenal dari zaman sekolah teknik sama-sama. Secara automatik, mata terus memandang ke arah anak dia dan isteri yang tengah siapkan air. Bertambah sedih saya dibuatnya.

 

Moving Forward.

We never plan to die early,

but we plan if things getting worst.

Tapi apa yang lebih penting adalah apa yang harus dilakukan. Kehidupan mesti diteruskan. Kita harus tabah untuk menghadapi life change ini. Perancangan perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada menjadi lebih teruk. Dari pertanyaan itulah kami mula rancang kewangan semula. Antaranya ;

 

1- Car loan.

2- Housing loan.

3- Kos rawatan.

4- Kos rawatan susulan.

5- Procedur rawatan.

6- Status pekerjaan.

7- Penyediaan ruang rawatan di rumah.

8- Persediaan kelengkapan keluar rumah.

9- Perancangan untuk anak beliau.

10- Perbelanjaan harian.

 

Perancangan Allah itu memang sempurna. Banyak juga urusan yang dapat diringankan daripada perbincangan walaupun sahabat di timpa ujian berat.

 

Adapt Life Change

 

Selepas ni akan menjalankan rawatan dialisis sepanjang hidup beliau sehingga operation pemindahan buah pinggang yg bersesuaian berjaya dijalankan.

Allah tidak pernah mengujimu untuk menghancurkanmu. Ketika Ia mengambil sesuatu darimu, tujuanNya ialah mengosongkan tanganmu untuk (memberimu) hadiah yang lebih besar lagi. InsyaAllah.. Buat jiwa yang sedang digugurkan dosa. Senyumlah..

 

Tiada apa lagi yang mampu saya bantu.melainkan hanya doa pada Allah. Semoga Allah menyembuhkan penyakit secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya. Di harap beliau dan ahli keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.

 

Prepare for Life Change

 

Kawan saya adalah salah seorang daripada 400,000 rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang (sumber : NST). Untuk makluman, pesakit buah pinggang boleh dikategorikan kepada 5 stage. Dimana stage 1 sebagai permulaan manakala stage 5 adalah tahap kritikal. Lebih daripada 40,000 orang kini berada dalam stage 5 seperti rakan saya. Dan jumlah ini semakin meningkat saban tahun.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Akan tetapi selalunya kita akan terlepas pandang jika tidak mengetahui mengenai sesuatu penyakit berkenaan. Berikut adalah tanda-tanda awal bagi penyakit buah pinggang.

 

Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

 

Apa yang pasti kita perlu bersedia bagi menghadapi life change. Agar tidak lah terlalu terkesan dengan impak perubahan tersebut. Di harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *