Konsultasi Takaful – Khidmat Nasihat Percuma untuk Anda

Konsultasi Takaful – Khidmat Nasihat Percuma untuk Anda

Selain dari menyediakan quotation, memberikan konsultasi takaful juga menjadi rutin harian saya. Pelbagai cara saya memberikan khidmat konsultasi tentang takaful. Antaranya adalah berhubung secara talian telefon dengan anda, berkomunikasi dengan whatsapp & facebook, dan bertemu secara terus dengan temujanji.

Terpulang kepada anda. Anda bebas untuk memilih cara yang bersesuaian untuk mendapatkan khidmat konsultasi takaful dengan saya. Maklumlah, setiap individu ada cara yang tersendiri. Mungkin terlalu sibuk untuk mengaturkan temujanji. Ada pula yang sukar untuk faham jika berkomunikasi secara whatsapp atau facebook.

Apa itu Konsultasi Takaful?

Saya akan menerangkan pada anda tentang pelan yang ditawarkan. Selain itu, saya juga akan mengemukakan beberapa soalan pada anda untuk mengenalpasti apakah perlindungan takaful yang anda perlukan. Kemudian saya akan mencadangkan pelan yang sesuai untuk anda. Akhir sekali, adalah menguruskan permohonan bagi perlindungan takaful untuk anda.

Nampak macam terlalu kompleks kan? Sudah pasti anda merasakan ianya perlu bayaran terhadap kesemua perkhidmatan tersebut. Anda tak perlu risau kerana semua itu saya tawarkan secara “PERCUMA”. Khusus pada yang ingin mendapatkan perlindungan takaful yang terbaik bagi diri sendiri serta pada insan yang tersayang.

Macam mana nak dapatkan konsultasi percuma?

Terdapat beberapa cara yang mudah untuk anda mendapatkan khidmat konsultasi takaful secara percuma dengan saya. Cara yang pertama adalah dengan mengisi borang online dibawah. Sertakan semua maklumat yang diperlukan. Kemudian tekan butang ‘submit’.

Sila isi nama anda
Isikan Tel No Anda
Isikan Email Anda
Isikan Alamat Anda
Isikan Pekerjaan Anda
Isikan Tarikh Lahir Anda
Status Merokok Anda
Pilihan Pelan Takaful untuk anda. Sila pilih 'Tak Pasti' jika anda belum tahu senarai pelan yang ada.
Anggaran bayaran bulanan mengikut bajet anda.
Isikan Tarikh Cadangan untuk temujanji

*bagi yang tak pasti tarikh temujanji yang sesuai, anda dikehendaki mengisi tarikh sebagai cadangan. Walaubagaimanapun saya akan menghubungi anda untuk ‘confirm’ kan tarikh tersebut.

Terima kasih kerana anda sudi menghantar borang online bagi mengaturkan temujanji konsultasi takaful bersama saya. Saya akan menghubungi anda dalam masa 24 – 48 jam dari masa anda menghantar borang tersebut.

Cara lain untuk mendapatkan konsultasi takaful.

Bagi yang tak berkesempatan untuk mengaturkan temujanji, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi ini dengan menghubungi saya. Jika anda melayari laman ini mengunakan telefon pintar anda, klik pada pilihan dibawah:

  1. Whatsapp
  2. Facebook Messenger

Pautan ini akan membawa anda pada applikasi dan terus menghubungkan anda dengan saya. Insyaallah saya akan membalas sebarang mesej pada whatsapp atau facebook messenger yang anda hantar dengan secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *