Jika sebelum ini saya bercerita tentang syarikat dan agensi yang saya wakili. Kini tiba masanya saya berkongsi pada anda tentang siapakah Khairil Hazri. Mungkin agak panjang perkongsian saya kali ini. Tapi saya yakin dan percaya pada kata-kata orang melayu lama iaitu ‘tak kenal maka tak cinta’. Betul tak? Jadi apa salahnya kalau saya kongsikan sedikit latar belakang saya untuk anda mengenali saya dengan lebih dekat.

 

Siapa Khairil Hazri?

 

Nama yang diberikan Khairil Hazri bin Abdul Rahman. Saya menerima pendidikan awal dan pertengahan di Port Dickson dan meneruskan pengajian dalam bidang Sains Fizik di Matrikulasi Londang, Melaka. Seterusnya saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Mekanikal) pada tahun 2010 daripada UPM, Serdang.

 

Di awal kareer saya bermula pada tahun 2006, saya bekerja di sebuah kilang RECRON (M) SDN BHD sebagai pembantu jurutera. Dari situ mula terfikir “adakah ini masa depan aku?”. Ini kerana 90% daripada pekerja di situ adalah warga negara bangladesh. Kadang-kadang bila pergi kerja rasa macam dekat Bangla pun ada. Tapi nak buat macam mana. Demi sesuap nasi, saya layankan aje.

 

Khairil Hazri
Company Pertama saya berkhidmat – Recron Malaysia Sdn Bhd

 

Kemudian saya mendapat tawaran kerja di Sunway E-Systems (M) sdn bhd sebagai Application Engineer selama setahun. Disebabkan saya mempunyai kemahiran design yang bagus, saya mendapat tawaran yang lagi hebat ditawarkan bekerja di The Netherlands untuk menyiapkan 6 projek design kapal. Saya berada di Netherland untuk beberapa bulan bagi mempelajari projek terbaru untuk dibawa ke Malaysia. Malangnya selepas balik dari Netherland, apabila hari pertama masuk ke pejabat saya bersama tim saya dikhabarkan projek tersebut tidak berjaya dan saya bersama rakan2 di arahkan untuk cuba dapatkan kerja yang lain.

 

Ketika di Damen Shipyard (Netherlands) – Exere (m) sdn bhd

 

Ini kali pertama dalam sejarah hidup saya diberhentikan kerja. Dan pada ketika itu komitmen bulanan saya agak tinggi. Dengan loan kereta dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Selama saya menganggur selama 3 bulan, hampir 30 interview yang saya hadiri . Namun hanya 1 sahaja syarikat yang menawarkan kerja iaitu syarikat lift bumiputra.

 

Kenapa Saya Mula Berniaga?

 

Rentetan daripada itu, saya mula memikirkan sampai bilakah rezeki saya ini perlu ditentukan oleh orang lain? Bagaimana kalau suatu hari nanti jika terjadi sekali lagi peristiwa yang lalu. Dan pada ketika itu saya dah ada anak dan isteri. Sudah pasti hidup akan menjadi lebih sukar. Nak fikir cari kerja dan dalam masa yang sama nak fikir pasal keluarga. Bertambah kusut jadinya.

 

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk sertai Al Isra secara partime bermula 8hb Jan 2013 dan sewaktu itu kerja hakiki saya adalah sebagai Projek Engineer di sebuah syarikat bumiputra. Setelah mulakan perniagaan takaful ini, saya lihat terlalu ramai kawan-kawan dan umat islam yang masih belum ada kesedaran mengenai Takaful. Jadi, saya bertekad untuk membuat takaful ini secara full time.

 

Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar teknik-teknik dan selok belok dari pelbagai leader, kapten dan rakan-rakan associates lain, saya dikurniakan pelbagai kejayaan dalam industri ini. Saya juga membantu ramai ejen-ejen baru mahupun lama melalui perkongsian idea-idea secara tidak langsung membantu mereka membina jualan yang lebih baik.Justeru itu, dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan selepas 9 bulan saya terus “Full Time” sebagai ejen Takaful sehinggalah hari ini.

 

Siapa Khairil Hazri dalam dunia Takaful di Malaysia?

Saya dikenali sebagai Khairil AR di Facebook Berpengalaman 4 tahun dalam industri Insurans/Takaful bersama Al Isra Associates. Kepakaran saya adalah membantu orang ramai merancang pelan kewangan Takaful yang tepat dan efisien supaya lebih 200% mencapai impian bebas kewangan, mendapat tidur yang selesa tanpa memikirkan hutang piutang dan mencapai tahap ketenangan minda.

 

Masalah hari ini, terlalu banyak kes masyarakat menjadi golongan gelandangan kota pada usia tua dan menagih subsidi atau bantuan dari masyarakat tanpa rasa segan akibat tiada pengurusan kewangan yang baik. Persoalan yang timbul, insan manakah yang boleh membantu kita sewaktu kita ditimpa musibah? InsyaAllah dengan kepakaran saya, sedikit-sebanyak membantu menambah nilai hidup orang ramai di luar sana dan mencapai sasaran ‘bebas kewangan’ pada usia muda lagi.

 

Pencapaian Saya di Prudential.

 

Pencapaian pada 2013

• Ipad Mini 1 with 16gb Cellular

• Star Cruise Qualifier 2013 (Singapore – Phuket – Langkawi Island)

Pencapaian 2014

• Angpow Prosperity Challenge 2014

• Fuel Up N Go Challenge 2014

• Gold Rush Coin September 2014

• Iphone 5C Qualifier

• Iphone 6 Qualifier

• Apple Macbook Air Challenge 2014

• Star Club Los Angeles Qualifier 2014

Pencapaian 2015

• Ipad Air 2 Qualifier

• 3/5/8 Contest 2015

• Ipad Air 2 Qualifier

• Ipad Mini 4 Qualifier

• Konichiwa Osaka Qualifier 2015

• Go Korea Crazy Week 2015

• Star Club London Qualifier 2015

• Executive Wealth Planner 2015

 

  • Trip

 

Harapan dan Matlamat

 

Harapan dan matlamat saya agar dapat membantu dan mendidik orang ramai kesedaran kepentingan takaful dalam kehidupan dan dapat menyediakan perancangan kewangan yang terbaik untuk keluarga mereka agar kewangan mereka mencapai tahap ketenangan minda.

 

Namun hasil usaha ini tidak boleh saya lakukan berseorangan. Matlamat saya juga ingin mengajak seberapa ramai golongan muda yang boleh untuk sama-sama menjadi Usahawan Takaful yang profesional di samping menjana pendapatan yang tiada had demi memberi yang terbaik pada keluarga dan masyarakat.

Setakat itu sahaja perkongsian tentang diri saya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan mengenal sedikit sebanyak tentang Khairil Hazri.

 

Sehingga kini saya sangat seronok berniaga sebagai Ejen Takaful di Al Isra. Anda juga mampu mengubah diri anda dengan  hanya sekali tindakan iaitu CUBA. Kini saya  giat melatih Ejen Takaful yang mahu menyertai Tim Takaful saya ada. Dengan kemahiran dan pengalaman yang saya ada inshaAllah dapat memantapkan ekonomi  keluarga anda. Klik sini untuk sertai Tim saya.

 

Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan berkenaan takaful dan inginkan penerangan yang lebih jelas, hubungi saya. Insyaallah saya akan cuba yang terbaik untuk membantu anda.