Kerjaya Ejen Takaful – Peluang Menjana Unlimited Income

Seperti yang saya terangkan serba sedikit didalam profile peribadi, kerjaya ejen takaful ini bukanlah pilihan utama saya. Untuk pengetahuan anda, latar belakang akademik saya adalah dalam bidang kejuruteraan. Sudah pasti lah, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi ejen takaful. Sedikit pun tak pernah saya terbayang untuk jadi ejen.

 

Kalau dulu masa sekolah, sememangnya saya telah menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera. Namun setelah impian saya tercapai, ianya tidak lah seindah yang saya bayangkan semasa sekolah dulu. Banyak perkara yang membuatkan saya sentiasa terfikir untuk menceburi bidang lain. Kalau boleh jauh dari bidang kerjuruteraan. Dan Alhamdulillah impian saya kini tercapai.

 

Apa Kelayakan Untuk Memulakan Kerjaya Ejen takaful?

 

Anda tidak perlu ada ijazah didalam bidang insurans atau pengurusan kewangan untuk menjadi ejen takaful. Apa yang diperlukan untuk memohon kerjaya ejen takaful adalah dengan sijil SPM anda sahaja. Cukup untuk anda bermula. Mudah bukan? Sebab tu lah saya bertukar bidang dari seorang engineer ke ejen takaful.

 

Sebelum anda boleh menjual produk takaful, anda dikehendaki untuk ‘lulus’ peperiksaan yang ditetapkan oleh LIAM & MTA. Exam ni umpama nak ambil ‘lesen’ untuk kita memulakan kerjaya ejen takaful. Kalau dah lulus baru lah boleh jual. Ini adalah bertujuan untuk memastikan semua ejen tahu konsep asas berkenaan takaful.

 

*LIAM – Life Insurance Association Malaysia, MTA – Malaysian Takaful Association

 

Kalau tak tahu langsung pasal takaful, boleh lulus ke?

 

Jangan risau. Seperti yang saya nyatakan di atas. Saya juga bukan ‘background’ takaful atau pun ekonomi & finance. Tapi macam mana saya boleh lulus? Kalau saya boleh lulus, anda juga pasti boleh. Ada pelbagai teknik rahsia dan petua untuk anda lulus exam tersebut. Bukan sekadar lulus, malahan “lulus dengan cemerlang”.

 

Saya hanya kongsikan semua teknik rahsia dan petua tersebut sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada team saya. Iaitu #teamkhairilhazri. Ini kerana teknik rahsia dan petua ini adalah kunci kepada kejayaan anda dalam kerjaya ejen takaful.

 

Macam mana nak sertai #teamkhairilhazri?

Kerjaya Ejen Takaful - Team Khairil Hazri
Kerjaya Ejen Takaful – Team Khairil Hazri

 

Jika anda perasan, di bahagian tajuk artikel ini saya letak kan kerjaya ejen takaful – unlimited income. Nak tahu kenapa unlimited income? Sebab tiada limit income sekiranya anda menjadi ejen takaful. Macam selalu orang cakap “siapa rajin berusaha,dia dapat hasilnya”. Sama lah macam menjadi ejen takaful. Kalau anda terus konsisten berusaha, insyaallah anda akan dapat apa yang anda idamkan.

 

Dah tak sabar untuk memulakan kerjaya ejen takaful dan mengejar ‘income impian’ anda? Sertai #teamkhairilhazri dengan cara melengkapkan borang online dibawah dengan maklumat anda:

 

Isikan Nama Anda
Isikan Email Anda
Isikan Tel No. Anda
Isikan Alamat Tempat Tinggal Anda
Isikan Pekerjaan Anda
Isikan Latar Belakang Pendidikan Anda
Sila isikan sebab kenapa anda ingin menjadi ejen takaful.

 

TERIMA KASIH dan TAHNIAH pada anda yang telah mengambil langkah pertama untuk mengejar impian anda. Saya akan menghubungi anda dalam masa 24 – 48 jam dari tarikh dan masa anda menghantar borang tersebut.

 

Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Bagi yang melayari laman ini menggunakan telefon pintar anda, boleh terus klik pada pautan dibawah untuk menghubungi saya:

 

  1. Whatsapp
  2. Facebook messenger

 

Pautan tersebut akan membawa anda kepada applikasi yang berkenaan dan anda terus boleh berkomunikasi dengan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *