Kepentingan Takaful – 7 Sebab Paling Popular Kenapa Ramai Memilikinya

Ketahuilah di Malaysia ada 12 Syarikat Takaful yang berdaftar di bawah bank negara.

Malah setiap syarikat takaful menawarkan pelbagai produk takaful yang berada dipasaran kini. Semua menawarkan perlindungan yang mantap, komprehensif dan mampu milik. Tapi tahukah anda kenapa perlu ada perlindungan takaful walaupun anda sudah ada ‘coverage’ daripada syarikat tempat anda bekerja?

12 Operator Takaful yang didaftarkan oleh BNM, 2018.

 

Ada yang berfikiran yang syarikat takaful ini hanya mahukan duit sahaja. Tanpa memikirkan kebajikan serta manfaat kepada pembayar sumbangan. Jika itulah pendapat dan tanggapan terhadap perlindungan takaful, ianya adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana setiap produk dikeluarkan berdasarkan keperluan masyarakat. Jadi saya akan terangkan kenapa perlu ada perlindungan takaful.

 

Kenapa Perlu Ada Perlindungan Takaful?

Seperti yang anda ketahui, majikan telah menyediakan perlindungan asas kepada semua pekerjanya. Ini adalah salah satu tanggungjawab majikan. Tapi amat digalakkan jika anda menyediakan perlindungan takaful tambahan secara peribadi. Nak tahu kenapa perlu ada perlindungan takaful tambahan? Lihat senarai dibawah:

 

  1. Pengganti Kad Kredit untuk Kemasukkan ke Hospital

Saya yakin dan pasti kebanyakkan majikan akan menyediakan manfaat kad perubatan. Jadi anda boleh gunakan manfaat tersebut jika dimasukkan ke hospital. Izinkan saya bertanya satu soalan kepada anda. Berapakah jumlah coverage untuk kad perubatan daripada majikan anda? Bagaimana pula coverage untuk suami/isteri serta anak anda?

 

Mostly bila saya tanya mesti ada yang jawab kurang pasti, jadi silalah semak dengan bahagian HR syarikat anda untuk kepastian. Mengikut pengalaman saya, kebiasaannya manfaat kad perubatan yang disediakan coverage nya tidak terlalu tinggi. Kemungkinan untuk lebih ‘limit’ adalah sangat tinggi. Lihat sahajalah kini kos perubatan yang semakin meningkat.

 

Jika anda dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan. Bila sampai bil, lebih ‘limit’ kad perubatan syarikat. Apa yang anda nak lakukan pada ketika itu? Pakai kad kredit la jawabnya. Itu pun kena tengok juga limit kad kredit anda berapa. Jadi sekiranya anda ada kad perubatan peribadi, boleh anda gunakan untuk selesaikan masalah ini.

Kos rawatan RM74,570.90 di selesaikan menggunakan kad perubatan peribadi.

 

  1. Pengganti Pendapatan (Income Protection)

3 malapetaka kewangan iaitu kematian, lumpuh dan sakit kritikal. Biasanya kita merancang untuk bersara sewaktu usia 55-60 tahun. Dalam masa itu kita pun pulunlah kerja dari pagi ke petang dengan bersungguh-sungguh. Tapi pernahkah anda bayangkan anda dipaksa pencen awal? Dipaksa pencen kerana tahap kesihatan anda membuatkan anda tidak mampu bekerja lagi. Sudah tentu income kita pun terhenti. Lebih menyedihkan lagi terpaksa pencen awal dalam usia 30-40an iaitu usia kemuncak kita membina impian untuk keluarga?

 

Jadi sediakan income replacement sehingga 10 tahun pendapatan kita untuk kecairan duit yang cepat. Secara tidak langsung ianya akan menjadi pengganti kepada sumber pendapatan anda.

Contoh perancangan pengganti pendapatan yang menjadi pilihan masa kini.

 

  1. Perancangan Persaraan (Retirement Plan)

Secara jujurnya, adakah anda pernah terfikir, pada umur berapakah anda ingin bersara? Yang pastinya anda akan melalui proses tersebut. Sampai masanya anda akan meninggalkan kerjaya anda. Jadi pada saat itu, secara automatiknya semua manfaat dari syarikat akan ditarik balik.

 

Manfaat kad perubatan dan lain-lain tidak lagi bersama anda. Masa pencenlah tahap kesihatan kita banyak terjejas. Jadi siapa akan biayai kos rawatan anda. Jawapannya sudah tentulah EPF yang bayarkan. bukan syarikat EPF tu nk tolong bayarkan, tapi duit EPF kita masa pencen tu lah gunanya sebagai dana perubatan anda. Jika anda memiliki perlindungan takaful, insyaallah segala masalah diatas dapat diatasi. Salah satu sebab kenapa perlu ada perlindungan takaful adalah untuk perancangan masa depan menghadapi persaraan anda.

Jika anda memiliki perlindungan takaful peribadi, insyaallah segala masalah diatas dapat diatasi. Salah satu sebab kenapa perlu ada perlindungan takaful adalah untuk perancangan masa depan menghadapi persaraan anda.

 

  1. Pelangsai Hutang

Adalah lumrah kini, pastinya akan ada membuat pinjaman. Sama ada untuk kereta, rumah dan mungkin juga ada buat pembiayaan peribadi. Jarang orang buat pinjaman dalam tempoh yang pendek sebab membuatkan komitmen bulanan menjadi tinggi, terutamanya loan rumah. Pernah tak anda terfikir siapa yang perlu langsaikan hutang rumah tu sekiranya anda meninggal ?

Jika loan rumah mungkin anda terpaksa ambil MRTT. Jadi mungkin tak perlu bayar. Itupun kalau BR tidak berubah dan tempoh MRTT diambil sama tempoh dengan loan rumah. Kalau tidak terpaksalah waris yang sambung bayar . Lebih teruk mungkin terpaksa gadaikan rumah tersebut kerana tak dapat bayar hutang.

Kenapa perlu ada perlindungan takaful adalah untuk ‘cover’ hutang anda. Perlindungan yang dimaksudkan adalah MLTT. Dengan adanya MLTT, hutang langsai. Secara tidak langsung ada sebahagian duit lebih ditinggalkan pada waris anda.

 

  1. Hibah

Jika anda adalah seorang yang ada duit dan harta yang banyak dan tertanya-tanya kenapa perlu ada perlindungan takaful. Hutang pula tiada. KWSP pula ada rm1 juta, saya takde familylah yang bakal dapat semuanya.

 

Jangan terlalu yakin. Anda mungkin tersilap kerana sekiranya kita meninggal dunia, pertama sekali seluruh harta dan duit akan dibekukan terlebih dahulu. Jadi waris/keluarga tidak boleh menggunakan wang arwah untuk kelansungan hidup. Selepas itu akan berlaku pembahagian harta yang ditinggalkan mengikut hukum faraid. Ketika itu, tidak semua harta yang ditinggalkan akan menjadi milik isteri dan anak-anak anda.

Setelah dibahagikan, isteri yang mempunyai anak akan terima 1/8 sahaja daripada seluruh harta untuk mereka meneruskan kehidupan. Sekiranya anda tidak mahu perkara ini berlaku, hibahkan pada waris anda dengan takaful. Secara automatik pampasan akan mereka terima sepenuhnya dan bolehlah digunakan untuk kelangsungan hidup mereka.

 

  1. Khairiat Kematian & Badal Haji

Jangan terkejut kos pengurusan jenazah sekarang ini agak tinggi. Itulah situasi sebenar yang berlaku. Untuk makluman, sekiranya seseorang meninggal dunia, kesemua akaun bank akan dibekukan. Persoalannya siapa yang nak tanggung kos pengurusan jenazah ni? Mahu atau tidak, waris anda terpaksa keluarkan duit mereka dahulu. Saya juga amat sarankan anda join khairat kematian dengan khariah anda. Rajin-rajinlah ke masjid dan tanya pasal khairat kematian ni. Tak mahal pon hanya rm50 setahun mengikut tempat masing-masing. Tapi jika tidak, anda boleh join khairat kematian ni bersama takaful. Kami menyediakan hampir RM10,000 untuk khairat kematian.

 

Itu baru pengurusan jenazah. Seterusnya jika anda tak sempat buat haji, waris perlu upahkan orang untuk lakukan ibadah haji untuk anda. Kalau dah namanya upah, mestilah kena bayar. Pastinya tidak percuma. Untuk makluman anda upah bagi badal haji kini sekitar RM3,500.

Contoh kos pengurusan jenazah

 

Sebab tu la saya tekankan kenapa perlu ada perlindungan takaful. At least, perbelanjaan ini ada termasuk dalam perlindungan takaful. Ini belum lagi termasuk kos pengurusan harta pusaka yang perlu waris tanggung. Jadi dengan takaful dapat membantu waris agar tidak keluarkan duit sendiri dan hanya perlu menunggu duit pembahagian harta pusaka untuk cover balik.

 

  1. Simpanan Pendidikan Untuk Anak-Anak

Tahukah anda dengan ambil perlindungan takaful untuk anak, secara tidak langsung akan menjadi simpanan untuk pendidikan mereka. Dan didalam polisi takaful anak-anak biasanya akan ada terms ‘parent contributor’.

Dimana sekiranya pembayar meninggal dunia, polisi anak akan menjadi percuma. Jadi anda tidak perlu risau lagi tentang pembayaran polisi takaful mereka. Simpanan tersebut boleh dikeluarkan apabila mereka memerlukan terutamanya untuk kegunaan melanjutkan pelajaran nanti.

 

Penerangan saya kali ini agak panjang kerana saya sering di tanya perlukah ada takaful ni. Jadi saya perlu terangkan secara ‘detail’ kenapa perlu ada perlindungan takaful supaya jelas dan tidak lagi ‘blur’ tentang kepentingan takaful.

 

Namun jika anda masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang saya jelaskan diatas, anda boleh set kan konsultasi takaful bersama saya. Ianya percuma. Saya akan sedaya upaya untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang kenapa perlu ada perlindungan takaful pada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *