Kelebihan PruBSN Touch Yang Perlu Anda Tahu

posted in: Perkhidmatan | 0

Zaman sekarang ni teknologi semakin maju. Jadi syarikat takaful pun dah mula menggunakan pelbagai teknologi untuk memudahkan orang ramai terutamanya para client. PruBSN Touch adalah salah satu daripadanya. Terdapat pelbagai kelebihan prubsn touch yang perlu anda tahu.

 

Pada tahun 2016, PruBSN Takaful telah melancarkan satu portal online khusus untuk para client. Portal ini diwujudkan kerana untuk memudahkan para client mengakses maklumat berkenaan polisi mereka. Semuanya secara dalam talian. Klik pada pautan ini untuk melayari laman PruBSN Touch.

 

Kelebihan PruBSN Touch

 

Seperti yang saya nyatakan diatas, PruBSN Touch ini adalah suatu portal applikasi khusus untuk para client. Semua client perlu daftar PruBSN Touch sebab:

 

  1. Check Statement Bayaran

 

Disini anda boleh semak statement bayaran yang telah anda lakukan. Tapi statement yang akan keluar dekat sini hanya untuk yang membuat pembayaran melalui PruBSN Touch. Sekiranya anda menggunakan medium lain, tak boleh check dekat sini. Cara semak bukti pembayaran adalah dengan click “Contribution” dan pilih “Contribution History”.

 

kelebihan prubsn touch

 

Statement untuk tahunan ada disediakan. Anda boleh download mengikut tahun yang anda ingini. Cuma pilih polisi yang berkenaan kemudian tekan button download. Caranya tekan “Certificate” kemudian pilih ‘Contribution Statement Download”.

 

 

  1. Maklumat Perlindungan (E-Certificate)

 

Anda juga boleh semak perlindungan yang terkandung pada polisi anda. Maklumat ini ada pada polisi tapi selalunya polisi ni disimpan dekat rumah. Jadi jika nak semak kena tengok dekat rumah. Jadi dengan adanya portal PruBSN Touch ni, boleh la anda semak polisi coverage anda bila-bila masa dan dimana sahaja (yang ada coverage internet). Cara semak adalah dengan click pada “Certificate” dan pilih “e-Certificate Download”.

 

 

  1. Income Tax Statement

 

Point ini sangat penting. Sekarang ni LHDN giat menjalankan operasi menjejak pembayar cukai yang claim terlebih. Jadi sediakan statement untuk pastikan anda boleh buktikan bahawa anda claim yang perlu sahaja.

 

 

Tak tahu yang takaful ni boleh jadi perlepasan cukai? Tertanya-tanya bahagian mana satu yang boleh anda claim untuk takaful dalam borang LHDN? Boleh rujuk pada laman pelepasan cukai melalui takaful.

 

  1. Cash Value / Simpanan

 

Kebanyakkan polisi PruBSN Takaful adalah jenis investment-linked. Jadi polisi yang berasaskan pelaburan ni akan ada cash value dalam akaun tersebut. Dengan menggunakan PruBSN Touch, anda boleh semak secara terus (Jadi tak payah la nak tanye ejen lagi 😉 ). Cara semak adalah dengan click “Statement” dan pilih “Annual Statement Download”. Kemudian pilih tahun yang anda ingini.

 

 

  1. Status Polisi

 

Ini antara kelebihan PruBSN Touch yang sangat penting. Bagi sesuatu perlindungan takaful untuk berkuatkuasa, anda perlu tahu status polisi anda. Sama ada in-force atau lapsed. In-force maksudnya aktif. Manakala lapsed ni dah tak aktif. Cara semak adalah dengan click “Certificate” dan pilih “Certificate Listing”.

 

 

Perhatian : Kalau polisi dah lapsed, anda tak boleh guna manfaat dari perlindungan takaful anda. Perlu aktifkan semula. Hubungi ejen anda untuk penerangan lanjut.

 

  1. Pembayaran Online

 

Didalam portal ini ada menyediakan kemudahan platform pembayaran online untuk polisi. Jadi anda cuma login ke portal PruBSN Touch dan boleh bayar terus. Sila layari laman cara pembayaran PruBSN Takaful guna PruBSN Touch untuk ketahui caranya. Cuma perlu pilih mana satu polisi yang anda ingin bayar.

 

 

  1. Maklumat Peribadi Client

 

Anda juga boleh menyemak semua maklumat peribadi anda di dalam Portal PruBSN Touch ni. Cara semak adalah dengan click pada “Profile” dan pilih “View Details”. Anda juga boleh update password & secure phrase anda dekat situ. Jadi boleh check butiran peribadi dan pastikan semuanya betul. Sekiranya terdapat kesilapan atau anda ingin membuat pindaan, sila hubungi ejen anda.

 

 

Jadi dah tau kan kelebihan PruBSN Touch. Apa tunggu lagi. Cepat-cepat register. Tak tau macam mana nak register? Sila layari laman cara daftar PruBSN Touch. Saya ada kongsikan step-by-step untuk anda register. Komfem boleh punye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *