Kelebihan Perlindungan Takaful – Khusus Bagi Yang Memilikinya Sahaja

Setiap satu perkara dalam dunia ini pasti ada kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan takaful. Terdapat pelbagai kelebihan perlindungan takaful yang ditawarkan kepada mereka yang memilikinya. Jadi senang cerita, hanya orang yang ada perlindungan takaful sahaja yang akan mandapat kelebihan tersebut.

 

Jika anda mengikuti perkongsian saya sebelum ini, saya banyak ceritakan tentang apakah perlindungan serta manfaat yang terdapat dalam perlindungan takaful melalui pelan-pelan yang ditawarkan. Sudah pastilah manfaat tersebut merupakan satu kelebihan perlindungan takaful. Jadi pada kali ini saya hanya akan kongsikan tentang kelebihan lain yang bakal anda perolehi dari takaful.

 

Apa Lagi Kelebihan Perlindungan Takaful Yang Lain?

 

Berikut adalah senarai kelebihan perlindungan takaful selain daripada manfaat perlindungan:

 

  • Pelan Pelengkap

     

Saya yakin dan pasti ramai daripada anda yang berkerja. Kebiasaannya, majikan akan memberikan perlindungan asas kepada pekerja mereka. Contohnya manfaat kad perubatan, klinik, SOCSO dan pampasan sekiranya berlakunya kemalangan.

 

Jadi sekiranya anda mengambil pelan takaful, ianya akan menjadi pelengkap kepada manfaat yang sedia ada pada anda. Secara automatik perlindungan yang anda ada lebih komprehensif berbanding rakan anda yang lain yang tiada takaful.

 

  • Patuh Syariah

     

Seperti yang saya tekankan selama ini, produk takaful adalah patuh syariah. Bagi seorang muslim, adalah wajib baginya untuk mencari sesuatu yang halal dan patuh syariah. Jadi dengan adanya takaful, maka anda tak perlu ragu-ragu lagi menggunakan manfaat serta kelebihan perlindungan takaful yang ditawarkan.

 

  • Pengecualian Cukai

     

Harus di ingat bahawa pengecualian cukai disini bukan lah bermaksud anda tak perlu bayar cukai langsung hanya dengan memiliki perlindungan takaful. Kalau macam tu, rugi lah kerajaan tak boleh kutip cukai.

 

Pengecualian cukai yang saya maksudkan adalah anda boleh menolak jumlah cukai tahunan dengan mengemukakan slip bayaran takaful anda semasa anda mengisi borang LHDN setiap tahun. Anda boleh isi pada ruangan seperti dibawah.

 

Kelebihan Perlindungan Takaful
Pengecualian Cukai
  • Sedekah Amal Jariah

     

Dalam konsep asas takaful, ada ditekankan mengenai tabung tabaru’ yang mana kesemua bayaran sumbangan takaful anda akan dimasukkan ke tabung berkenaan. Jadi dengan menjadi salah seorang daripada penyumbang pada tabung tersebut, secara tidak langsung anda juga dapat membantu orang lain.

 

Seperti yang anda ketahui, sekiranya salah seorang dari peserta takaful ditimpa musibah, maka mereka layak dibantu menggunakan dana daripada tabung tabaru’. Sama juga apabila ianya terjadi kepada anda. Jadi kelebihan perlindungan takaful ini adalah saling mambantu antara satu sama lain. Konsep dana tabarru’ adalah seperti gambar dibawah.

 

  • Ketenangan Jiwa (peace of mind)

     

Untuk mencapai ketenangan jiwa, banyak faktor yang mempengaruhinya. Bukanlah saya maksudkan hanya dengan memiliki perlindungan takaful akan menjadikan anda tenang. Tapi salah satu daripada faktor untuk merasai ketenangan jiwa adalah dengan adanya takaful.

 

Apabila anda telah buat hibah dengan takaful, maka anda tidak perlu risau lagi terhadap peninggalan pada waris anda nanti. Insyaallah, semuanya akan mengikut seperti yang anda tetapkan. Secara tak langsung, ianya memberi ketenangan kepada anda.

 

  • Banyak Pilihan

 

Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda atau pun ahli keluarga, sudah pasti kita mahukan yang terbaik. Dengan ada nya perlindungan takaful, anda mempunyai pilihan sekiranya anda memerlukan rawatan di hospital. Pilihan tersebut adalah hospital swasta. Bukan nak kondem, tapi realitinya hospital kerajaan perlu menampung ramai pesakit setiap hari.

 

Dengan menggunakan kad perubatan, anda boleh memilih untuk menerima rawatan di hospital swasta. Anda juga akan lebih selesa dan lebih memudahkan untuk ahli keluarga untuk melawat. Berikut adalah antara senarai hospital panel yang menawarkan khidmat rawatan untuk pemilik kad perubatan PruBSN Takaful.

 

 

Ada lagi tak kelebihan perlindungan takaful yang saya lupa nak senaraikan dekat atas? Jika anda rasa ada lagi yang tertinggal, mohon untuk anda supaya kongsikan pada saya dengan tinggalkan komen pada ruangan dibawah. Atau dengan cara yang lebih mudah lagi anda boleh terus hubungi saya bagi berkongsi pengalaman dan pandangan anda. Insyaallah saya tiada masalah untuk mendengar perkongsian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *