Kelebihan Medical Card InvestmentLink

posted in: Info Takaful, Medical Card | 0

Semasa appointment dengan prospek, saya selalu ditanya berkenaan apa kelebihan medical card investmentlink jika dibandingkan dengan yang biasa. Jadi saya terpanggil untuk kongsikan perkara tersebut pada kali ini bagi tujuan rujukan yang lain.

 

Jika kita lihat dari segi ‘coverage’ mungkin nampak hampir sama bagi kedua-dua jenis medical card tersebut. Cuma bayaran bulanan bagi yang ada investmentlink ini dilihat sedikit tinggi jika compare dengan yang tiada investmentlink. Persoalannya kenapa? Teruskan membaca.

 

Kelebihan Medical Card InvestmentLink

 

Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, kita lihat dahulu apa itu medical card investmentlink. Ada orang panggil medical card dengan saving, medical card dengan cash value. Selebihnya ada yang panggil medikal kad investmentlink. Tapi yang sebetulnya adalah Cash Value.

 

Kita harus faham, bila sertai takaful, sekiranya dibayar secara tetap setiap bulan sebanyak RM300 (contoh) selama 36 bulan nilai tunai bukan berjumlah sebanyak RM10,800. Perlu di ingat, bahawa fungsi utama takaful adalah untuk mengelakkan kebocoran kewangan.

 

Takaful bukan simpanan biasa dalam Tabung Haji mahupun ASB, namun ianya adalah untuk perlindungan kematian / hilang upaya kekal / sakit kritikal/ kad perubatan dan lain-lain manfaat yang disertakan sekali.

 

Kisah benar 1 :

 

 

Saya kongsikan kisah bagi memudahkan anda faham tentang kelebihan medical card investmentlink. Ada satu polisi isteri klien 10 bulan tidak dibayar dan masih aktif. Kebetulan insurans berjaya tolak duit dalam akuan bank pada bulan ke 11 sebab polisi masih aktif.

 

Tiba-tiba selepas bebeberapa hari ditakdirkan isteri beliau bengkak2 muka, pada mulanya dikatakan kayap. Alhamdulillah kayap pun sembuh. Tetapi lebih menyedihkan lagi selepas kayap sembuh, beliau mengadu sakit kepala dan telah diagnose ada tumor pada otak pula.

 

Allahuakbar..

 

Sewaktu itu, dalam polisi beliau masih ada beberapa ratus lagi cash value yang membuatkan polisi itu aktif dan boleh digunakan walaupun dah lama tak bayar.

 

Kisah benar 2 :

 

Alkisahnya, ada seorang client saya yang telah sertai takaful sejak tahun 2012 baru-baru ini kesuntukan wang, tidak dapat membayar sumbangan bulanan sudah enam bulan berturut-turut, biasalah langit tak selalunya cerah. Namun perlindungannya masih berjalan.

 

Rupanya dalam tabung takaful beliau masih ada lagi berbaki sebanyak RM3500++ walaupun sudah tidak menyumbang selama enam bulan. Saya pun tak sangka sebanyak tu wang tunai beliau dalam takaful. (siapa yang menyumbang lebih 3 tahun secara tetap sila cek nilai tunai dalam tabung takaful untuk pastikan anda tidak missed bayar zakat, sekiranya lebih nisab)

 

Based On True Story…

 

Ini adalah kisah benar daripada sahabat saya. Yang mana baik dan sesuai dengan kamu ambillah sebagai pengajaran. Bila ada dikalangan kita kenal jatuh sakit, jangan kata family, kawan2. Ejen takaful lagilah sedih. Kadang2 boleh down.

 

” When someone has cancer, the whole family and everyone loves them does, too”

 

Pada yang mana dah lama tak bayar polisi takaful tu, semaklah semula status polisi anda dengan agen masing2. Sudah beribu2 kes permohonan takaful di rejek kerana mereka sudah sakit. So jangan saja-saja nak terminate atau stop bayar takaful tanpa sebab yang logik.

 

Beribu-ribu orang yang tak layak nak sangat apply takaful. Bila dah tak layak baru terasa nak apply. Masa sebelum sakit, ejen takaful cuba explain semuanya tidak diendahkan. Akhirnya tersedar pentingnya takaful saat dah tak layak nak memohon.

 

Inilah kelebihan medical card investmentlink plan Takaful, simpanan yang walaupun tidak sebanyak dalam tabung haji, namun ianya simpanan luar biasa. Tatkala anda ditimpa musibah, dapat jumlah perlindungan yang ‘agak besar’.

 

Dikala anda tidak mampu membayar sumbangan kerana masalah kewangan, plan ini masih boleh berterusan untuk beberapa tempoh bergantung kepada nilai tunai yang ada dalam tabung takaful anda.

 

Medical Card InvestmentLink Atau Stand-Alone?

 

Kedua-dua medical card investmentlink dan stand alone masing2 ada kelebihannya. Yang ada investmentlink mungkin sedikit mahal tapi ada kelebihannya yang lain. Bagi stand-alone pula, ianya lebih murah tapi perlu komited bayaran setiap bulan tanpa ‘miss’ untuk elak polisi lapsed.

 

Namun saya syorkan, pilihlah investmentlink plan. Selalunya setiap yang mahal pastilah ada fungsi dan kelebihannya tersendiri. Begitu juga dengan medical card. Kita tidak dapat meramal masa hadapan. Tapi kita mampu memilih untuk buat persediaan awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *