Kelebihan Kerjaya Ejen Takaful Yang Ramai Tidak Tahu.

posted in: Ejen Takaful, Info Takaful | 1

Setiap kerjaya pasti ada kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan ejen takaful. Kali ini saya akan kongsi, hurai dan terangkan secara “detail” tentang kelebihan kerjaya ejen takaful yang mungkin tiada pada kerjaya lain.

 

Ramai yang beranggapan bahawa kerjaya sebagai ejen takaful ni tak ada masa depan. Malahan ada juga yang rasa jadi ejen ni “low class” sebab tak perlu ada degree pun boleh mula kerja. Dan ada juga macam-macam lagi salah anggap terhadap kerjaya ini.

 

Agaknya sebab ejen takaful ni selalu dilihat mengedar “flyers” di depan bank, KTM dan tepi jalan. Jadi nampak macam salesman murahan yang tiada masa depan.

 

Tahukah anda yang kebanyakkan ejen yang anda lihat macam tiada masa depan tu menjana pendapatan hampir 5 angka sebulan.

 

Terkejut bukan? Malahan ada yang boleh cecah puluhan ribu ringgit sebulan. Itu belum kira bonus tahunan lagi. Berlipat kali ganda dari apa yang kita biasa dapat pada kerjaya lain. Inilah kelebihan kerjaya dengan takaful yang biasanya tidak dilihat oleh orang ramai.

 

Oleh itu, pada kali ini saya ingin bongkarkan kepada anda semua tentang kelebihan kerjaya di bidang takaful. Yakni kerjaya yang telah saya buat sejak tahun 2013 lagi. Dan saya akan share kenapa saya memilih takaful sebagai perniagaan berbanding perniagaan lain. Diharap anda dapat fokus dan terus membaca. Saya galakkan anda buka minda dan hati ketika membaca post ini untuk nilaikan apa yang saya kongsikan di bawah.

 

16 Kelebihan Kerjaya Ejen Takaful

 

Saya akan cuba kongsikan satu-persatu. Supaya anda dapat gambaran yang jelas tentang kerjaya ini. Pastinya anda akan berasa teruja selepas baca artikel ini dan bersemangat untuk jadi ejen takaful.

 

kelebihan kerjaya ejen takaful

 

Kelebihan #1 : Membantu Rancang Kewangan Masyarakat Sewaktu Musibah

 

Antara satu-satunya kerjaya yang boleh melakukan hal ini Yakni membantu orang ramai menyediakan perancangan kewangan ketika musibah. Manusia mampu merancang namun Allah yang menentukan dan saya yakin, pasti tiada siapa yang dapat menjangka bila musibah akan menimpa. Ketika kita diuji, kita boleh lihat berapa ramai yang boleh bantu kita. Jangan kata orang lain, kita sendiri juga belum tentu dapat memberi bantuan sepenuhnya bila keluarga sendiri ditimpa musibah terutama dari segi kewangan.

 

Ramai memilih kerjaya yang murni ini kerana dapat menaikkan atau mengekalkan impian dan taraf hidup sesebuah keluarga. Perlindungan takaful bukan sahaja sekadar medikal kad, malah menyediakan perlindungan ketika kemalangan mahupun kematian.

 

Kelebihan #2 : Masa Kerja Fleksibel

 

Sebagai Ejen takaful, masa kerja adalah fleksibel.  Maknanya kita bebas untuk menentukan masa mula kerja kita. Yang paling best kita tidak perlu untuk buat permohonan cuti untuk berehat, balik kampung atau hal-hal emergency. Malah, tiada istilah “punch card” bagi para ejen. Bagus tak?

 

Kelebihan #3 : Modal Permulaan Yang Rendah

 

Nak mula bisnes apa-apa pun mesti perlukan modal. Namun Bezanya banyak atau sikit sahaja. Pernahkah anda bayangkan pendapatan Ejen takaful 5 atau 6 angka bermula Modal Awal serendah RM 200? Terkejut bukan? Namun itulah hakikat sebenar peluang yang Ejen takaful fikirkan sebelum mempetimbangkan bisnes lain.

 

Dengan kerjaya dengan takaful, anda juga berpeluang untuk bina kerjaya dan bisnes dalam masa yang sama. Bak kata orang dua dalam satu. Jadi modal yang perlu anda keluarkan hanyalah dalam RM 200 sahaja.

 

Modal tersebut sebenarnya digunakan untuk cover yuran untuk anda ambil exam insurans dan takaful sahaja. Setelah lulus, barulah anda boleh daftar sebagai ejen takaful yang sah. (Anda boleh dapatkan contoh nota dan exam di sini)

 

Kelebihan #4 : Latihan Professional Lengkap & Berjadual

 

Seram sejuk pula bila dengar ada exam untuk jadi Ejen Takaful. Tak perlu risau, agensi kami yakni Al Isra Associates telah sediakan segalanya. Disini kami menyediakan kelas yang sistematik pada semua ejen dan kami akan diberikan latihan yang lengkap. Kelas dibahagiakan kepada beberapa sesi iaitu dari persediaan untuk exam hinggalah macam mana nak bina kerjaya sebagai Agensi Manager.

 

Anda cuma perlu datang ke office mengikut jadual yang ditetapkan. Yang lain kami uruskan.

 

Kelebihan #5 : Komisen Hingga 6 Tahun Setiap Jualan

 

Lazimnya, Jika kita menjual sesuatu barang fizikal, sudah pasti untungnya sekali sahaja iaitu pada barang tersebut sahaja. Namun di industri takaful anda boleh merasa keuntungan setiap pelan jualan sehingga 6 tahun dengan sekali jualan. Saya lihat belum ada lagi bisnes lain yang bagi setiap jualan akan terima komisen sehingga 6 tahun lamanya. Itu lah salah satu kelebihan kerjaya dengan takaful yang tiada pada yang lain. Jadi lagi banyak pelanggan yang anda ada, lagi banyak lah komisen yang anda akan dapat.

 

Kelebihan #6 : Pendapatan Tanpa Had

 

Di lapangan ini anda menentukan berapakah income yang anda mahukan. Jika kita kerja di sesebuah syarikat, sudah pasti gaji menjadi perkara utama yang difikirkan. Malahan gaji bulanan adalah sama setiap bulan. Kalau ada kenaikkan pun setahun hanya sekali. Itupun bergantung dengan keuntungan syarikat dan bermurah hati nak bagi increment.

 

Berbeza dengan kerjaya ini. Anda berpeluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Yakni anda boleh tetapkan berapakah dan banyak mana kenaikkan pendapatan anda. Bergantung kepada usaha anda untuk buat jualan. Tiada siapa yang menghalang mahupun boleh limitkan pendapatan anda kecuali anda sendiri. Anda buat 100%, anda dapat 100%.

 

Kelebihan #7 : Bonus yang lumayan Sehingga 13% Dari Jumlah Jualan.

 

Selain daripada komisen bulanan dan increment, bonus antara perkara yang paling sangat best sekali di bidang ini. Ianya juga akan membuatkan kita lebih bermotivasi nak buat kerja. Kebanyakkan majikan selalunya akan bagi bonus kepada pekerja mereka setahun sekali. Ada juga yang dua kali setahun. Bergantung kepada syarikat.

 

Begitu juga kerjaya dengan takaful. Anda juga akan diberikan bonus tahunan. Jumlah bonus tahunan adalah hampir 13% daripada jumlah sales yang anda buat. Malah bonus anda dikira sehingga 3 tahun hasil jualan terdahulu!!

 

Kelebihan #8 : Elaun Sara Hidup Sementara Bagi Yang Buat Sepenuh Masa.

 

Kelebihan yang jarang-jarang diberi oleh syarikat lain. Malahan tidak ramai yang tahu hal ini. Jika anda merancang untuk terus Sepenuh masa, anda boleh membuat permohonan elaun sara hidup tersebut. Atau orang selalu cakap “full time agent”. Barulah anda akan dapat elaun ini. Part time tidak ada disediakan elaun ini.

 

Tujuan sebenar elaun ini adalah untuk membantu kewangan ejen yang baru full time supaya tiada masalah kewangan atau modal untuk menjalankan perniagaan. Selain itu tujuan elaun diberikan adalah agar ejen full tume lebih fokus dan mudah untuk “serve” klien. Tambahan pula, bagi yang bertukar kerjaya sudah pasti agak “culture shock” sebab komisen sikit pada awal jadi ejen. Jadi elaun ini dapat membantu bagi menampung perbelanjaan harian.

 

Kelebihan #9 : Peluang Bercuti Luar Negara Secara Percuma

 

Tidak ramai majikan yang boleh menawarkan peluang bercuti secara percuma kepada para pekerja mereka. Lazimnya paling banyak percutian pun setahun mungkin sekali sahaja. Akan tetapi dengan menyertai bisnes takaful ni, anda berpeluang ke luar negara secara percuma hampir 4 atau 5 kali dalam setahun. Seronok bukan? Malahan semua percutian yang disediakan adalah di luar negara. Bukan untuk kerja, tetapi memang syarikat sudah tetapkan untuk memberi ganjaran percutian.

 

Alhamdulillah sepanjang saya berada dalam bidang ini lebih 10 trip yang saya lalui. Nak rasakan suasana bercuti ke luar negara secara percuma? Sila layari laman trip ke Ho Chi Minh dan trip ke Guangzhou. Kedua-dua adalah antara trip ini saya pergi dalam tahun 2017.

 

Kelebihan #10 : Peluang Besar Menang Gajet Terkini

 

Selain trip ke luar negara, anda juga berpeluang cerah untuk mendapat ganjaran gajet terkini. Antara yang saya pernah dapat adalah Jam tangan, Ipad, Iphone dan Macbook. Lihat sini untuk detail. Setiap tahun pasti ada sahaja gajet yang diberikan seperti tahun ini (2018) iaitu Iphone X dan jam tangan.

 

Kelebihan #11 : Hak Kenaikkan Pangkat Sama Rata

 

Suasana biasa ditempat kerja yang kita sering dengar adalah budaya bodek dan kipas bos. Semua ini dilakukan untuk kepentingan sendiri contohnya nak naik pangkat, naik gaji dan bonus. Siapa yang paling kuat bodek, lagi cepat dapat apa yang dikehendaki. Ini antara salah satu sebab kerana saya nekad ingin melakukan perniagaan kerana saya langsung tidak pandai membodek.

 

situasinya di bidang takaful tidak sama langsung dengan sintuasi makan gaji. Kalau anda kuat bodek ke, kaki ampu ke sama je. Semuanya bergantung kepada prestasi dan usaha anda. Kalau kuat kipas tapi tak buat kerja memang tertinggal jauhlah dengan orang yang bersungguh dengan kerjanya.

 

Kelebihan #12 : Persekitaran & Rakan Kerja Yang Sentiasa Positif

 

Faktor persekitaran dan rakan kerja sangat mempengaruhi dalam kerjaya. Make sure your surrounding have same mission with you. Bagi orang yang berniaga amat di sarankan untuk menjaga energy dan sentiasa positif untuk kekal maju. Kalau sekeliling kita di kelilingi oleh orang yang negetif pun tak syok kerja jugak.

 

Kita memerlukan persekitaran dan rakan kerja yang sentiasa positif untuk berjaya. Saya amat bersyukur berpeluang membuat bisnes takaful di agensi al-isra kerana dikelilingi oleh aura positif dari rakan sekerja. Malahan mereka tidak pernah ada sedikit lokek pun ilmu mahupun tenaga. Ini membuatkan anda lebih bermotivasi untuk berkerja dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

 

Kelebihan #13 : Bantuan Sistem Pemantauan Bisnes & Gajet Pemasaran Canggih

 

Bagi memudahkan untuk buat sales, anda semestinya memerlukan suatu alat yang dapat membantu. Dengan adanya bantuan daripada sistem pemantauan bisnes ditambah dengan gajet pemasaran yang canggih, tiada alasan lagi untuk anda tidak boleh buat sales.

 

Semua ini ada disediakan cuma anda hanya perlu belajar cara untuk menggunakanya. Tak la susah sangat pun. Tapi ia sangat membantu.

 

Kelebihan #14 : Ruang Pejabat Disediakan Percuma

 

Pada yang buat bisnes, ofis merupakan suatu perkara yang sangat penting. Kebiasaannya bisnes tiada ofis membawa keraguan kepada bisnes anda. Kalau kita buat bisnes lain di luar sana, kena bayar sewa atau beli lot kedai untuk dijadikan ofis, renovation, caj majlis perbandaran dan sebagainya. Banyak nak kena keluar modal lah jugak.

 

Tapi kalau anda jadi sebahagian daripada team al-isra, kemudahan ruang pejabat telah disediakan untuk anda. Dan yang lagi best adalah ianya percuma. Malahan Al Isra menyediakan 15 buah ofis di seluruh Negara. Anda boleh gunakan ofis agensi di mana-mana sebagai ofis anda.

 

Kelebihan #15 : Hak Pemilikan Bisnes Boleh Diwariskan

 

Lumrah sesuatu bisnes, pemilikan syarikat memang boleh diturunkan kepada waris yang berkenaan. Begitu juga jika anda buat bisnes takaful ini. Ianya juga boleh diwariskan. Sekiranya berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan anda tidak lagi boleh menjadi ejen, komisen akan diberi kepada waris.

 

Kelebihan #16: Tempat Kerja yang Fleksibel.

 

Sekiranya pasangan kita tak kira suami ataupun isteri pindah tempat kerja. Pasti akan ada masalah untuk menguruskannya. Bukan sahaja masa, malah wang ringgit juga banyak digunakan untuk travel ulang alik untuk bertemu ketika di hujung minggu.

 

Namun hal ini tidak akan terjadi sekiranya anda menyertai agensi Al Isra kerana kami menyediakan hampir 16 cawangan di seluruh Malaysia. Bermakna anda masih boleh meneruskan bisnes seperti biasa di tempat baru. Kini berjauhan dengan pasangan bukan lagi ancaman kepada anda.

 

Kesimpulan

 

Setiap kerjaya ada kelebihannya. Anda boleh berjaya tidak kira apa sekalipun kerjaya yang anda pilih. Namun yang mana satu memberikan banyak kelebihan kepada anda? Jika anda memiliki tenaga dan semangat yang tinggi, inilah yang perlu dipilih sebagai kerjaya yang terbaik anda.

 

kelebihan kerjaya ejen takaful yang kita dapat lihat seperti yang saya senaraikan diatas. Namun tanpa kemahuan dan minat, segalanya tak akan menjadi realiti. Bagi yang berminat untuk mencuba dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *