Kanser Ovari Stage 3 – Hidup Berubah Sekelip Mata

Baru-baru ini saya terbaca di blog OhBulan berkenaan seorang gadis merangkap seorang mahasiswi sebuah universiti tempatan disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal iaitu Kanser Ovari Stage 3. Sedih saya membacanya. Mana tak nya, muda lagi dah ada penyakit berbahaya.

 

Rasanya semua orang tahu apa itu kanser. Yakni salah satu penyakit yang sangat berbahaya dan mampu meragut nyawa bagi yang menghidapi nya. Terdapat pelbagai jenis kanser yang biasa dihidapi oleh peaskit. Antaranya adalah kanser ovari.

 

Mungkin ada yang belum tahu apa itu kanser ovari. Untuk maklumat lanjut boleh refer dekat laman cancer.org. Dan rasanya ada juga yang masih belum tahu yang kanser sebenarnya ada 4 stage. Jika dah sampai stage 3 tu dah dianggap sebagai bahaya.

 

Tak dapat saya bayangkan kehidupan seorang remaja yang masih muda menghidap kanser ovari stage 3. Dan penyakit itu hanya disedari bila dah sampai stage 3. Bukan awal-awal dah detect. Pasti terkejut bila check dan diberitahu ada penyakit. Saya kongsikan sedikit kisah tersebut dibawah.

 

Penangan Kanser Ovari Stage 3

 

Kadang-kadang kita tidak menyedari penyakit yang telah lama wujud dalam sistem tubuh badan. Sehinggalah kita sering berasa sakit dan janggal sehingga tahap yang tidak boleh ditahan lagi. Malah, setiap penyakit berpotensi wujud adalah disebabkan oleh faktor keturunan.

 

Thread gadis di laman Twitter membuatkan ramai netizen bersimpati dengan Kanser Ovari Stage 3 yang dihidapinya. Pada mulanya, perut kembung hanya disangkakan semakin gemuk tapi rupa-rupanya menghidap penyakit.

 

Masuk Angin Je Kot…

 

 

Walaupun menyedari perut semakin kembung dan keras selepas makan. Gadis ini tidak mempedulikan dan hanya dinasihati ibu minum air eno halia untuk menyurutkan angin dalam badan. Dia mula menyedari perutnya semakin keras bagaikan sesuatu yang ada dalam isi perut. Tapi masih tidak dihiraukan lagi sehingga lah pulang ke kampung semasa cuti semester.

 

 

Tak Pernah Terlintas Nak Tangguh Pengajian…

 

 

Ibu dan ayah terus bawa berjumpa doktor di hospital. Setelah menjalani pemeriksaan scan didapati dia perlu menjalani pembedahan segera kerana menghidap Kanser Ovari Stage 3.

 

Ketumbuhan tersebut membesar kira-kira 20 cm. Tumor ini perlu dibuang segera untuk menghalang ianya semakin merebak seluruh badan. Habis operation, dia perlu mengikuti kimoterapi sebanyak 6 kali. Dia terpaksa membuat keputusan untuk extend semester akhir di salah sebuah universiti tempatan.

 

 

Perut Kena Stapler?? Mak aih, Seramnya…

 

 

 

Terpaksa ku Gagahkan Jua…

 

 

Banyak perubahan fizikal telah berlaku seperti badan kelihatan makin kurus, bulu kening mulai nipis dan rambut gugur. Terasa sudah putus asa dengan hidup sehingga tidak sanggup untuk melihat perubahan dirinya di depan cermin. Tetapi dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.

 

 

Malah, dia menasihatkan netizen untuk mengelakkan dari mengambil sebarang kolagen atau junkfood. Terutamanya buat individu yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap sebarang kanser. Sebelum ini gadis tersebut pernah mengambil kolagen rumpai laut dan mungkin itu adalah punca kanser mulai membesar.

 

Better Late Than Never…

 

 

Memanglah kita pasti sedih jika ditimpa penyakit yang seperti kanser ovari stage 3 ni. Akan tetapi apabila direnung semula. Lebih baik kita tersedar tentang penting nya penjagaan kesihatan dan berusaha untuk mengelak segala kemungkinan dari diserang penyakit.

 

Ianya jauh lebih baik daripada menangis di kemudian hari akibat kelalaian daripada menjaga kesihatan diri sendiri. Tapi bak kata orang, malang itu tidak berbau. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan perlindungan takaful untuk menghadapi sesuatu yang tidak diduga.

 

Maklumlah, kadang-kadang kita dah berusaha sedaya upaya namun takdir menentukan segalanya. Jadi pastikan kita sentiasa ada ‘backup’ plan untuk menghadapi situasi tersebut. Diharap adik atirah cepat sembuh dan diberi ketabahan untuk “fight” kanser yang dihidapinya kini.

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *