Income Protection – Perlindungan Sumber Pendapatan Anda

Saya pasti ramai yang tak tahu pasal Income Protection. Memang kelihatan macam takde la rumit sangat. Akan tetapi kalau kita benar-benar faham, ianya merangkumi pelbagai aspek. Kebanyakkan dari kita merasakan ada simpanan sudah cukup sebagai ‘backup’ sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku.

 

Saya tak kata apa yang anda fikir tu salah. Malah saya dulu juga fikir macam tu. Semua tanggapan tu adalah benar sehingga diri sendiri berada dalam situasi yang mana memerlukan perlindungan kepada sumber pendapatan anda.

 

Masa bila kita perlu Income Protection?

 

Terdapat banyak situasi yang menyebabkan kita perlukan income protection. Sebagai contoh apabila anda menghidap penyakit kritikal. Anda tidak boleh kerja seperti biasa. Apabila keadaan ini berlaku, risiko untuk anda dibuang kerja adalah tinggi.

 

Bila dah kena buang kerja, dah tentu kita hilang sumber pendapatan. Selain itu, kita juga perlu berulang alik ke hospital untuk rawatan. Sudah pasti, itu juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

 

Jadi bila dah takde income, macam mana nak tanggung semua tu?

 

Bila kita sampai ke tahap ni, memang sukar untuk kita cari sumber pendapatan. Nak buat loan pun dah tak boleh. Nak mintak tolong atau derma dari orang ramai boleh. Tapi terpaksa tebalkan muka la pulak. Nak buat bisnes sendiri, hmm…. tak semudah yang disangka.

 

Memang susah bila kita tidak bersedia untuk berada pada keadaan tersebut. Bila kita betul-betul teliti semua aspek, baru lah rasa yang income protection ni sebenarnya sangat penting.

 

 Apakah yang dikatakan Income Protection?

 

income protection

 

Perlindungan kepada sumber pendapatan anda. Perlindungan untuk membantu kita sekiranya belaku perkara yang diluar jangkaan. Jadi apabila kita berada dalam situasi tersebut, kita tidak lah berasa susah seperti yang saya gambarkan diatas. Insyaallah, dengan ada protection tu, segala urusan akan dipermudahkan.

 

Terdapat perlbagai jenis Income Protection. Akan tetapi kebiasaannya akan cover kematian, cacat kekal dan sakit kritikal. Termasuk juga sekiranya kematian dan cacat kekal akibat daripada kemalangan. Ianya bergantung kepada apa yang anda ingin lindungi.

 

Apa kaitan Income Protection dengan Takaful?

 

Seperti anda sedia maklum, musibah boleh menimpa kita dari pelbagai cara. Tapi dalam artikel kali ini saya lebih tumpukan musibah dalam bentuk kesihatan atau kemalangan pada diri anda yang mana ia menyebabkan kita tidak dapat meneruskan pekerjaan yang biasa dilakukan.

 

Jadi aspek kesihatan dan kemalangan tertakluk dalam perlindungan takaful. Dengan kata lain, income protection boleh anda lakukan dengan menggunakan manfaat daripada perlindungan takaful. Kalau nak tahu caranya, nanti saya akan kongsikan lagi.

 

Kemungkinan apa yang ada didalam artikel ini tidak lengkap. Ini kerana sekiranya saya nak masukkan semua didalam artikel ini, ianya menjadi sangat panjang. Saya akan kongsikan lagi berkenaan dengan konsep dan kelebihan income protection pada perkongsian akan datang. Jadi sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut serta berminat untuk ‘melindungi sumber pendapatan’ anda, sila hubungi saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *