Hibahkan Pampasan Takaful – Waris Terima RM 100k

posted in: Info Takaful, Viral | 0

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang macam mana cara nak buat hibah dengan takaful. Cara nya amat mudah sekali. Akan tetapi masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk hibahkan pampasan takaful kepada orang yang mereka sayangi. Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kisah seorang isteri yang telah buat hibah terhadap suami dan ibunya.

 

Baru-baru ini viral di media sosial tentang kemalangan yang melibatkan pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama dua bulan. Dimana telah ditakdirkan, Isteri meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

 

 

Kemalangan berlaku antara sebuah motosikal yang dinaiki oleh pasangan suami isteri ini dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta. Tak dapat saya bayangkan apakah perasaan seorang suami pada ketika itu yang kehilangan isterinya. Dah la baru 2 bulan kahwin. Ikuti luahan sayu suami tersebut pada laman Oh Bulan.

 

Isteri Hibahkan Pampasan Takaful Pada Suami & Ibu

 

Kebetulan pula si isteri ada mengambil pelan takaful. Baru 2 bulan bayar sumbangan takaful. Secara tidak langsung penama yang tercatat didalam polisinya akan mendapat wang pampasan yang ditetapkan. Isteri telah hibahkan pampasan takaful sebanyak RM 100,000 kepada suami dan ibunya. Pembahagian pampasan adalah 80% kepada suami dan 20% kepada ibu.

 

Hibahkan Pampasan Takaful

 

 

Disini bukanlah saya nak ‘highlight’ tentang jumlah wang yang diperolehi oleh suami dan ibunya. Memang duit tersebut tidak dapat mengembalikan nyawa insan yang telah pergi. Tapi sekurang-kurangnya adalah sesuatu yang ditinggalkan bagi mereka yang sedang sedih akibat meratapi kehilangannya.

 

Mungkin dalam situasi ini tidak lah begitu ketara. Cuba bayangkan jika mereka sudah ada anak, pinjaman rumah, peribadi dan kereta. Dengan zaman yang serba mencabar kini, banyak komitmen yang terpaksa ditanggung. Dimana pada kebiasaannya akan dibiyai bersama-sama. Namun apabila seorang sudah tiada, pastilah berat untuk tanggung sendirian.

 

Itu lah kelebihan takaful yang kebanyakkan orang terlepas pandang. Ianya tidak akan membuatkan anda menjadi kaya. Akan tetapi mungkin dapat mengelakkan anda daripada jatuh miskin. Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberikan iktibar serta manfaat pada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *