Hibah Dengan Takaful – Macam Mana Nak Buat?

posted in: Hibah, Info Takaful | 0

Baru-baru ini mungkin sering anda dengar mengenai hibah. Tapi tahukah anda yang sekarang ini yang kita boleh buat hibah dengan takaful? Melalui hibah takaful ini, ianya menjadi lebih mudah.

Ada yang masih tak tau hibah tu apa tak? Jika anda tak tahu atau masih kurang jelas mengenai hibah, sila layari laman apa itu hibah. Saya ada menerangkan tentang definisi, konsep dan kelebihan hibah. Perkongsian pada kali ini lebih tertumpu kepada cara anda nak buat hibah melalui takaful.

 

Boleh Ke Buat Hibah Dengan Takaful?

Ya boleh. Nampak macam dua perkara yang berbeza. Tapi hakikatnya, boleh dikaitkan secara langsung. Saya ‘recap’ sedikit definasi bagi kepada hibah dan juga takaful. Maksud secara amnya kedua ‘terms’ tersebut adalah seperti berikut:

a. Takaful

Takaful diambil daripada perkataan arab iaitu ‘kafala’ yang bermaksud menjaga atau menjamin keperluan seseorang.

b. Hibah

Maksud hibah mengikut islam adalah pemberian daripada satu individu kepada individu yang lain atau pihak tertentu dan pemberian tersebut dilakukan semasa individu yang memberi masih hidup.

Secara jujurnya masa sebelum jadi ejen, saya juga rasakan kedua-dua perkara ini tiada kaitan. Namun semuanya berubah apabila saya mula mendalami tentang apa itu takaful melalui kursus. Barulah saya faham tentang kaitan hibah dengan takaful.

 

Macam Mana Nak Buat Hibah Dengan Takaful?

Mudah sahaja, jika anda nak buat hibah dengan takaful. Pada yang sudah memiliki perlindungan takaful, saya suka bertanya 3 soalan ini kepada anda:

1.  Siapakah penama waris bagi polisi anda?

2.  Berapakah nilai hibah/hayat polisi anda ?

3. Adakah tercatat dalam polisi anda berkenaan cara pembahagian pampasan tersebut? Sama ada hibah atau wasi(perlaksana)?

Dengan meletakkan penama pada polisi sahaja belum cukup untuk menyatakan anda telah buat hibah dengan takaful. Anda perlu letakkan pilihan pembahagian pampasan secara hibah. Barulah lengkap pelan takaful anda dengan hibah. Sila rujuk artikel pada akhbar Berita Harian : Manfaat takaful dihibahkan berbanding faraid.

Hibah Dengan Takaful
Pelan PruBSN Warisan – Pelan Hibah Terbaik

 

Jika anda tidak memilih pada pembahagian tersebut, secara ‘default’ ianya akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Bukan pula saya menyatakan hukum faraid ini tak adil atau tak bagus. Tapi proses pembahagiannya agak rumit dan memakan masa yang panjang.

Nilai hibah juga memainkan peranan penting untuk memastikan ianya mencukupi untuk menguruskan harta pusaka kita dan dapat menampung keluarga kita melebihi 3 tahun. Saya lihat terlalu banyak kes tidak cukup nilai hibah mereka. Nilai hibah mereka hanya mampu menyelesaikan hutang waris sahaja namun tidak dapat untuk kelangsungan hidup keluarga.

 

Solusi Kepada Perebutan Harta

Hibah takaful adalah hibah bersyarat. Maka sekiranya anda buat hibah dengan takaful, kesemua wang pampasan akan terus kepada penama yang anda senaraikan. Proses ini juga lebih cepat berbanding pembahagian faraid. Tidak perlu risau lagi takut waris tiada wang untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, hibah juga dapat mengelakkan perselisihan akibat daripada pembahagian harta.

Maklumlah, bab harta dan duit ni memang boleh bergaduh. Tapi bab hutang tiada pula orang yang mahu ambil bertanggungjawab. Sebelum ini saya pernah share pasal perebutan harta pusaka. Sampai berbunuhan pun ada. Dengan adanya hibah dengan takaful ini dapat mengelakkan risiko untuk berlaku perkara-perkara tersebut.

Masih kurang jelas macam mana nak buat hibah dengan takaful? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Insyaallah saya akan cuba bantu anda sebaik mungkin untuk hibahkan kepada yang tersayang.

 

*kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *