Hibah Amanah Tabung Haji – Perkembangan Dunia Kewangan

posted in: Hibah, Info Takaful | 0

Hibah Amanah Tabung Haji

Pada Bulan Mei 2017, Tabung Haji telah memperkenalkan suatu produk baru iaitu Hibah Amanah Tabung Haji. Produk ini telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini (11.05.2017) di ibu pejabat Tabung Haji.

Hibah Amanah Tabung Haji
Hibah Amanah Tabung Haji

 

Objektif utama Hibah Amanah ini dilancarkan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penyumbang Hibah Amanah.  Antaranya adalah mereka akan dapat menguruskan simpanan dengan lebih baik, dan sekiranya berlaku kematian pemegang akaun, pengagihan kekayaan mengikut prinsip-prinsip Islam akan berjalan dengan lancar.

Hibah Amanah Tabung Haji - Definisi
Hibah Amanah Tabung Haji – Definisi

 

Seperti yang biasanya dilakukan, duit simpanan akan dibahagikan menggunakan kaedah hukum faraid jika tiada hibah dilakukan oleh pemilik akaun. Kesemua duit simpanan yang ada dalam akaun tersebut akan diberikan kepada waris-waris yang ditentukan seperti dalam faraid.

Hibah Amanah Tabung Haji - Kelebihan
Hibah Amanah Tabung Haji – Kelebihan

Dengan adanya Hibah Amanah, terdapat alternatif kepada pemilik akaun. Ini bermakna simpanan Tabung Haji boleh dihibahkan kepada waris yang ditetapkan oleh penyumbang Hibah Amanah.

Konsep Hibah Amanah Tabung Haji

Secara umumnya, konsep Hibah Amanah adalah seperti berikut:

  • Pemilik akaun yang ingin melakukan hibah bebas untuk menentukan siapa yang akan memiliki harta hibah. Individa yang bukan beragama islam juga layak menerima hibah sekiranya namanya ada dalam senarai.
  • Pengagihan Hibah Amanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Jadi tiada klasifikasi tertentu bagi penerima hibah. Ianya tertakluk kepada pemilik akaun yang menetapkan hibah.
  • Sekiranya setelah harta yang dibahagikan secara hibah, waris-waris lain tiada kelayakkan untuk membuat tuntutan mengikut hukum faraid.
  • Hibah Amanah menjadi satu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta bagi saudara baru/mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
  • Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.
Hibah Amanah Tabung Haji - Konsep
Hibah Amanah Tabung Haji – Konsep

 

Sememangnya produk terbaru daripada Tabung Haji ini memberikan manfaat untuk kita semua. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut mengenai Hibah Amanah Tabung Haji boleh ke laman rasmi Tabung Haji. Kalau anda nak tahu bagaimana konsep hibah ini dengan lebih jelas, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan kongsikan pada anda.

*credit kepada laman tabung haji : http://tabunghaji.gov.my/hibah-amanah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *