Harta Arwah Suami Tapi Rumahku Milik Orang?

posted in: Hibah, Info Takaful | 0

Harta pusaka selalu akan menyebabkan konflik dan perebutan. Kali ini saya ingin berkongsi cerita seorang suri rumah tentang pengalaman beliau uruskan harta arwah suami. Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca.

 

Puan Su (bukan nama sebenar) seorang suri rumah. Mempunyai 4 orang anak perempuan. Paling tua 16 tahun manakala yang bongsu 7 tahun. Arwah suami seorang ejen hartanah dan mereka mendiami rumah yang dibeli suami di Ampang.

 

Setelah suami meninggal dunia dalam kemalangan, beliau terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga membesarkan anak-anak. Memang tak menang tangan jadinya. Semua nak kena buat sendiri.

 

“Saya rasa dunia ni gelap dan buntu macam mana nak meneruskan kehidupan.”

 

Pendapatan tetap hilang sekelip mata sedangkan keperluan perbelanjaan sama sahaja. Persekolahan anak-anak ditambah lagi dengan kenaikkan harga barang. Dalam masa yang sama terpaksa uruskan harta arwah suami. Hanya allah sahaja yang tahu peritnya.

 

Pentadbir Harta Pusaka

 

“Sayalah yang terpaksa turun naik mahkamah nak uruskan harta pusaka suami. Orang cakap pergi Pejabat pusaka kecil, saya pun pergi. Sampai sana lepas semakan, Pejabat Pusaka Kecil beritahu diluar bidang kuasa kerana harta suami lebih 2 juta kena pergi mahkamah tinggi. Kat Mahkamah Tinggi, tanya pula suami ada lantik pentadbir ke?

 

Saya kelu, saya tanya pentadbir tu apa? Bukan ke saya isteri simati, saya waris, sayalah pentadbir. Terduduk saya bila diberitahu kalau suami tak lantik pentadbir, mahkamah “assume” arwah suami tak percaya sesiapapun untuk bertindak bagi pihak beliau, kena bicara dulu untuk lantik pentadbir di mahkamah.”

 

Seperti yang anda sedia maklum, segala urusan dekat mahkamah tinggi perlu ada peguam. Dan kosnya pula bukan kecil anak punya belanja. Malah nak buka fail pun dah beribu ribu. Itupun peguam yang “biasa-biasa” je. Kalau yang ada nama komfem lah harga lagi mahal.

 

Uruskan Harta Arwah Suami – Tak Semudah Yang Disangka..

 

Urus Harta Arwah Suami

 

“Kalau sebelum ini saya tidak ambil kisah perihal kewangan kerana semua suami yang uruskan, sebaliknya sekarang saya terpaksa ambil tahu semuanya untuk menguruskan pusakanya.

 

Untuk urus harta arwah suami, saya terpaksa redah pejabat pusaka, Bank, KWSP, ASB dan tabung haji untuk buat tuntutan.

 

Alhamdulillah arwah suami juga mengambil pelan takaful untuk kami anak beranak. Tak sampai sebulan selepas pemergiannya, saya dapat cek. Dengan duit itulah saya guna untuk bayaran peguam dan urusan mahkamah.”

 

Mengikut hukum faraid, selain beliau dan anak-anak, terdapat waris lain yang berhak menuntut harta pusaka. Ianya termasuklah ibu bapa & adik beradik suami. Mereka juga berhak untuk membuat tuntutan. Kesemua jumlah harta akan dibahagikan mengikut bahagian masing-masing.

 

“Berurusan di mahkamahlah baru saya tahu selain saya dan anak anak, ada lagi waris faraid beliau. Ibu dan adik beradik arwah suami juga berhak kerana Ayah mertua sudah tiada. Rasa bodoh sungguh diri ini menyangka isteri dan anak anak sahaja waris. Rupanya kerana semua anak saya perempuan dan tiada anak lelaki, adik adik ipar mendapat hak.”

 

Konflik Bermula…

 

Kalau anda sering tengok drama dekat tv, episod yang dinantikan bermula dekat sini. Bila dah start masuk mahkamah, mulalah ramai yang datang menuntut harta pusaka. Sedangkan beliau yang bertungkus lumus uruskan harta arwah suami, tiba-tiba ramai pulak yang nak.

 

Takde orang pun yang bantu beliau masa mula-mula pergi ke sana sini untuk membuat tuntutan. Memang lumrah manusia, semua nak senang. Malah dekat ‘stage’ inilah mereka akan ‘show their true colour’.

 

“Masa inilah saya betul betul kenal ipar ipar saya. Seorang pun tidak berganjak dan semua menuntut hak mereka. Tapi satu sen kos peguam pun mereka tidak mahu bayar.

 

Malahan, mereka tidak bersetuju saya menjadi pentadbir. Tapi alhamdulillah akhirnya mahkamah memberi saya hak sebagai pentadbir.”

 

Rumahku Bukan Milikku…

 

 

“Akhirnya, mahkamah memutuskan pembahagian mengikut faraid. Oleh kerana ipar tidak melepaskan hak, saya terpaksa tebus bahagian mereka ke atas rumah yang kami duduki.

 

Duit pampasan takaful itulah yang saya gunakan. Duit di bank, KWSP, unit trust selain tanah dan rumah yang lagi satu semua dibahagi mengikut faraid.

 

Biarlah saya saja yang melalui kesusahan ini, saya tak sanggup biar anak anak saya melalui kesengsaraan yang sama.”

 

Begitulah cerita Puan Su uruskan harta arwah suami. Memang macam drama kan? Tapi ianya benar-benar berlaku. Saya pasti ramai di luar sana yang masih kabur tentang urusan harta dan pusaka. Masih ramai beranggapan ia bukan isu besar dan mudah diselesaikan. Jika itu anggapan anda, anda SILAP!

 

Setakat 2016, sejumlah 70 billion harta beku ditadbir Amanah Raya, majoritinya milik orang islam. Jangan biar harta anda menjadi sebahagian statistik ini. Rancang harta anda sekarang. Demi masa depan keluarga dan juga demi ketenangan anda disana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *