Ejen Takaful – Dari Viva ke Continental

Farid Nazmi – Dari Viva ke Continental

Bagi yang belum tahu, Farid Nazmi ini adalah introducer saya iaitu orang yang mula-mula ajak saya buat bisnes takaful ni. Saya memang dah lama kenal dia ni. Sejak saya masih belajar di UPM dulu lagi. Perkongsian saya kali ni adalah tentang beliau yang telah berjaya mencapai salah satu daripada impian nya sepanjang menjadi ejen PruBSN Takaful. Berikut adalah sedikit coretan yang saya tulis khusus untuk beliau.

Hari ni aku betul-betul teruja bila dapat tahu sahabat merangkap introducer aku, Farid Nazmi bagi tau yang hari ni ‘kuda baru’ dia akan keluar. Dia punya excited pagi-pagi dah call aku ajak pergi ambil sekali. Aku pun apa lagi. Tak payah tunggu lama terus ‘follow’ je.

 

Aku bangga sebab dia lah individu yang bertanggungjawab membawa aku sehingga terjebak ke dalam bisnes takaful ni. Lelaki ini lah yang ajar aku hulur fylers kat KTM dan depan Maybank. Lelaki ini juga yang asuh aku jadi ejen yang amanah. Sentiasa push aku to break the limit. Alhamdullillah, he is very successful at his young age.

 

Farid Nazmi - VW
Farid Nazmi – VW

Jangan Upload Gambar ni Dekat FB – Farid Nazmi

Itulah kata-kata daripada introducer aku yang sejak aku kenal dulu memang seorang yang humble. Tapi….. Sori Farid Nazmi, darah jebat memang dilahirkan tidak mendengar kata. Peduli apa aku, Hahaha.

 

Semoga lepas ni bisnes takaful makin maju dan pergi sekencang yang mungkin. Maklumlah, dah ada kereta baru dah tentu lagi semangat. Nak kejar ‘appointment’ pun takde masalah.

 

“If u are success because of SOMEBODY, make sure SOMEBODY success because of you.”

Tahniah my dear bos, Farid Nazmi, you are my best example of success!!

Masing-masing ada dream car dan masing-masing juga ada impian untuk berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Saya tahu anda juga mampu untuk capai. Hubungi saya, insyaallah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mendidik anda menjadi ejen takaful yang berjaya. Kebetulan, saya juga tengah mencari orang untuk join team saya iaitu Team Khairil Hazri. Bagi yang berminat sila layari lama Kerjaya ejen takaful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *