Claim Reject Sebab Demam Tonsil? Baca Dulu Ceritanya.

posted in: Info Takaful, Viral | 0

Baru-baru ini viral berkenaan dengan status di Facebook berkenaan claim reject sebab demam tonsil. Ianya mendapat perhatian netizen yang beranggapan sebab claim tersebut direject amatlah tidak munasabah kerana demam tonsil yang tiada kena mengena dengan asthma.

 

Maka ramailah yang mula share status tersebut dengan pelbagai reaksi yang mana kebanyakkannya mengutuk serta memburukkan syarikat takaful yang terlibat. Susah nak tutup mulut semua orang. Tapi cuba tenangkan minda dan baca perkongsian saya kali ini.

 

 

Ye Ke Claim Reject Sebab Demam Tonsil?

 

Untuk pengetahuan umum, apabila claim insurans tidak ditawarkan atas sebab keraguan, pihak syarikat akan menjalani penyiasatan terhadap kes tersebut dan mencari semua rekod dan sejarah kesihatan individu tersebut di klinik dan hospital seluruh Malaysia. Bagi kes ini, pihak syarikat menjumpai anak tersebut penah demam tonsil lalu mengeluarkan surat bertajuk ‘Tawaran Penerimaan Pengecualian Tonsilitis’. Tak perasan pula saya jika ada dalam surat tersebut menyatakan claim reject sebab demam tonsil.

 

 

Sebenarnya, surat tawaran tersebut bukanlah surat rasmi claim beliau REJECT. Anda kena faham dan teliti isi kandungan surat tersebut dimana ia cuma menyatakan:

 

a. Pihak syarikat mengeluarkan surat tawaran atas sebab tidak declare tonsilitis.

 

b. Tiada perlindungan akan diberikan sekiranya berlaku tonsilitis atau penyakit yang berkaitan tonsil.

 

Surat Exclusion ini sepatutnya dikeluarkan pada awal permohonan takaful sama ada pelanggan setuju atau tidak tawaran tersebut. tetapi disebabkan tidak declare pada permohonan awal, jadi atas budi bicara pihak syarikat masih memberi peluang untuk teruskan polisi takaful ini dengan syarat tidak melindungi tonsil kerana pernah ada sejarah.

 

Oleh itu, client ada 2 pilihan;

 

Pilihan 1 : Bersetuju polisi berjalan seperti biasa dan apa-apa secara terus atau tidak terus mengenai tonsil tidak dilindungi dan client menandatangani surat tawaran tersebut.

 

Pilihan 2 : Tidak bersetuju dengan mengabaikan sahaja surat tersebut dan pihak company akan pulangkan sumbangan yang pernah dibayar  selama ini.

 

Jadi Nak Pilih Yang Mana?

 

Pihak syarikat akan membayar tuntutan asthma client sekiranya beliau memilih pilihan 1. Itu sahaja sebenarnya. Mungkin client dan ejen beliau tidak berkomunikasi dengan baik semasa menguruskan tuntutan tersebut dan mengganggap surat itu sebagai surat claim reject. Mengikut pengalaman saya, kes ini cuma salah faham sahaja. Bagi ejen yang banyak pengalaman menguruskan tuntutan pasti hairan dari mana client tersebut dapat berita yang claim reject sebab demam tonsil.

 

Daripada kes yang saya kongsikan diatas dapat di simpulkan beberapa perkara;

 

 

1. Pelanggan tidak mendapat penerangan yang jelas mungkin kerana membuat claim tersebut sendiri.

 

2. Pelanggan terlalu cepat melatah dan menganggap surat Tawaran Penerimaan Pengecualian itu sebagai CLAIM REJECT.

 

3. Pada pihak pelanggan, kalau rasa ejen anda tak guna dan tak membantu untuk buat tuntutan. Sebenarnya  anda boleh usahakan sendiri dan berhubung direct terus dengan pihak syarikat. Bukan susah pun buat claim. Cuma isi borang dan dapatkan maklumat daripada hospital yang pernah korang masuk.

 

4. Jangan musuhi ejen atau pelanggan anda. Seeloknya bincang bersama-sama untuk selesaikan masalah ini bersama. Bukan menuding jari antara satu sama lain. Akhirnya tegang dan masalah makin teruk!

 

5. Pilih ejen yang betul-betul komited dalam bidang takaful dan berpengalaman supaya mudah untuk bantu kita buat tuntutan.

 

6. Tak kiralah ejen atau pelanggan, setiap sakit yang pernah ada sebelum ambil takaful wajib declare! Saya selalu pesan “biar susah nak lulus permohonan takaful, tapi jangan susah nak claim”. Kalau dari awal tak lulus lebih senang daripada dah bayar bertahun tiba-tiba tak cover. Kalau anda telus, anda tak perlu risau langsung bila mahu masuk wad. Peace of mind bro.

 

7. Untuk pelan perubatan (medikal kad) jangan dilewatkan. Kini terlalu banyak permohonan takaful di reject kerana sudah ada sejarah sakit sebelum memiliki medikal kad. So, semasa sihat walafiat ni kenapa bertangguh ?

 

Perasaan Gembiranya Claim Lulus..

 

Sejujurnya ejen anda adalah orang yang paling gembira apabila CLAIM ANDA LULUS dan ejen jugalah orang yang paling stress sekiranya CLAIM REJECT. Tugas kami adalah sebaik-baiknya ingin membantu sedaya upaya meluluskan segala claim anda.

 

Saya amat simpati pada yang mempunyai ejen yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Namun jika anda mendapat rezeki ejen yang komited dan willing go for extra milage itu adalah bonus. Hargai ejen tersebut dan wajib referkan beliau pada kawan-kawan dan keluarga anda supaya mereka bernasib baik seperti anda. Jangan pernah benci atau pun berpaling (lirik lagu) . Kerana satu hari nanti, anda akan tahu apa maksud ejen yang bersungguh-sungguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *