Cara Guna Medical Card Untuk Kemasukkan Hospital Swasta

posted in: Info Takaful, Medical Card | 8

Kini medikal kad peribadi tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Pada yang sudah celik takaful pasti akan memiliki medical card atau kad perubatan. Tidak kiralah sama ada daripada majikan ataupun milik persendirian. Namun tahukah anda cara guna medical card yang betul? Maklumlah, ramai yang bayar sahaja tapi tidak pernah guna atau buat claim.

 

Saya Khairil Hazri Sebagai seorang penasihat takaful yang berpengalaman telah menbantu pelanggan menyelesaikan tuntutan perubatan lebih daripada 500 kes terpanggil untuk membuat perkongsian menerangkan cara guna medical card yang betul. Hal ini saya lihat ramai dikalangan kita begitu stress dengan urusan insurans atau takaful bila jadi masalah seperti lambat process GL dan GL tidak ditawarkan walhal SOP tuntutan ini amatlah mudah.

 

Saya akan senaraikan step by step sebagai rujukan untuk anda apabila mahu menggunakan kad perubatan. Terutamanya bagi kes yang terpaksa dimasukkan ke wad hospital.

 

Senarai Semak Sebelum Guna Medical Card

 

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu saya tekankan sebelum cerita pasal langkah untuk guna kad perubatan. Sila semak perkara dibawah sebelum menggunakan medical card anda:

 

a. Waiting Period

 

 

Syarikat takaful di Malaysia mempunyai 120 hari tempoh menunggu untuk penyakit spesifik seperti hypertension, diabetis, batu karang, jantung, sakit tulang belakang, cyst, kanser dan pelbagai lagi.

 

Dalam tempoh tersebut anda tidak boleh menggunakannya. Ini khusus bagi yang baru memiliki kad perubatan. Bagi kes kemalangan pula, tiada waiting period yang dikenakan. Kita boleh terus membuat tuntutan sejurus polisi kita aktif. Sila semak tarikh medical card aktif.

 

b. Status Polisi

 

Pastikan anda membuat bayaran setiap bulan bagi mengelakkan polisi kad perubatan menjadi ‘lapsed’ dan tidak boleh digunakan. Anda boleh semak status dengan menggunakan PruBSN Touch. Klik sini untuk cara buat semakan.

 

Polisi lapse menyebabkan tuntutan perubatan anda gagal.

 

c. Jenis Medical Card

 

 

Terdapat pelbagai jenis kad perubatan yang ditawarkan. Cara paling mudah nak tahu adalah lihat pada medical card atau semak polisi. Ini untuk tahu berapa ‘coverage’ yang ada. Tak perlu tahu semua. Cuma kena tahu limit tahunan dan caj wad.

 

d. Senarai Hospital Panel

 

 

Ini sangat penting. Sebelum anda pergi mendapatkan rawatan, pastikan hospital tersebut adalah Panel kepada PruBSN. Cara menyemak senarai terkini adalah dengan menggunakan apps PruBSN Navigator. Ia juga berguna untuk menunjukkan hospital terdekat dengan anda.

 

e. Hubungi Ejen Takaful.

 

 

Sebaiknya hubungi ejen takaful anda untuk membantu anda menyemak polisi dan mendapat khidmat nasihat atas tuntutan yang bakal anda lakukan. Ini adalah untuk mengelakkan anda rugi berpuluh ribu jika sakit yang anda mahu dapatkan rawatan adalah tidak dilindungi oleh takaful.

 

Pastikan anda semak perkara diatas terlebih dahulu sebelum ‘decide’ untuk mendapatkan rawatan di hospital menggunakan medical card. Nampak macam banyak. Mana lah nak sempat nak check semua. Cara paling mudah adalah dengan menghubungi ejen takaful anda. Mereka akan bantu.

 

Step By Step Cara Guna Medical Card.

 

cara guna medical card

 

dah semak kesemua perkara diatas, kita boleh terus buat langkah-langkah yang saya senaraikan dibawah untuk mendapatkan rawatan menggunakan manfaat kad perubatan. Langkah tersebut adalah seperti berikut:

 

Langkah 1 : Dapat diagnose daripada Doktor bertauliah.

 

 

Nak dapatkan rawatan di hospital, kenalah tahu apakah penyakit kita sebenarnya. Hanya doktor sahaja yang boleh berikan diagnose yang betul pada kita. Jangan google, mahupun agak-agak. Dapatkan pemeriksaan awal supaya sakit kita tidak semakin teruk.

 

Kita boleh berjumpa dengan mana-mana doktor berdekatan. Sama ada di klinik atau pun hospital. Ini adalah cuma untuk pemeriksaan awal. Sekiranya doktor menyatakan perlu untuk membuat pemeriksaan lanjut, mohon surat rujukan untuk ke hospital.

 

Kita perlu mendapatkan rawatan yang pertama dahulu iaitu pergi ke KLINIK berdekatan sebelum ke hospital untuk dapatkan REFER LETTER. Hal ini boleh mengelakkan anda buang masa bila;

 

• hospital hanya memberi oral medication shj.
• Caj hospital swasta lebih mahal berbanding klinik.
• Doktor klinik (GP) lebih mahir menentukan sama ada anda perlu di wadkan atau tidak.
• hospital tidak bagi warded atas sebab sakit tersebut perlu rawatan outpatient shj.
• takaful tidak Offer GL kerana sakit ini tak perlu tahap masuk wad.

 

Atau mungkin anda sememangnya berada dalam keadaan sakit. Contohnya sudah demam selama seminggu. Sudah berjumpa doktor dan ambil ubat sebelum ini namun masih tidak sembuh. Anda juga boleh mohon surat rujukan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

 

Langkah 2 : Unit Kecemasan

 

 

Setelah mendapat surat rujukan, kita boleh terus ke unit kecemasan hospital. Kemudian daftar seperti biasa. Kepilkan bersama surat rujukan semasa pendaftaran. Doktor di unit kecemasan akan membuat pemeriksaan asas dan akan ‘forward’ kes ini ke pakar yang berkaitan.

 

Bagi yang skip langkah 1, yakni terus ingin mendapatkan rawatan tanpa surat rujukan, anda boleh daftar sebagai pesakit luar di unit kecemasan. Doktor yang berada di unit kecemasan akan membuat pemeriksaan dan kemudiannya akan membuat surat rujukan kepada pakar.

 

Namun perlu diberi perhatian disini, tidak semua penyakit yang akan dimasukkan ke wad. Bergantung kepada jenis penyakit dan kritikaliti. Ianya juga tertakluk kepada ‘availability’ wad di hospital tersebut.

 

Jadi sekiranya tidak masuk wad, maka anda tidak boleh guna kad perubatan. Caj rawatan, ubat dan konsultasi dari pakar perlu anda biayai sendiri. Jadi seelok-eloknya jangan skip langkah 1 sebab ianya amat penting dan akan memudahkan proses mendapatkan rawatan.

 

Langkah 3 : Kemasukkan ke Wad

 

 

Kebanyakkan penyakit perlu melalui sesi pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar. Ini adalah untuk mengesahkan tahap kritikaliti penyakit yang dihidapi. Setelah ‘komfem’ barulah anda akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.

 

Proses kemasukan adalah sama seperti biasa. Anda dikehendaki mendaftar pada kaunter admission. Sila pastikan anda membawa bersama kad perubatan dan sertakan bersama semasa pendaftaran. Ini bagi memudahkan proses pendaftaran.

 

Ramai yang menganggap apabila menggunakan kad perubatan, deposit tidak diperlukan. Bergantung kepada jenis kad perubatan dan peraturan hospital. Tapi kebiasaannya, pihak hospital akan meminta deposit dalam lingkungan RM 300 – RM 500. Jadi sediakan siap-siap.

 

Langkah 4 : Guarantee Letter

 

 

Setelah kita selesai dimasukkan ke wad, pihak hospital akan menghantar laporan awal bagi mendapatkan Initial Guarantee Letter. Ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada penyakit tersebut akan ‘cover’ guna kad perubatan atau tidak.

 

Proses untuk mendapat kelulusan Initial GL ini tidak perlu risau kerana ejen akan uruskan. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berehat dan menerima rawatan. Insyaallah, semuanya akan diuruskan oleh para ejen takaful.

 

Sewaktu discharge wad masih ada satu lagi GL iaitu Final GL. Pihak hospital akan menghantar laporan penuh termasuk jumlah bil rawatan kepada pihak takaful. Kemudian barulah Final GL dikeluarkan.

 

Langkah 5 : Discharge

 

 

Kita hanya akan dibenarkan keluar daripada hospital selepas mendapat kelulusan Final GL. Dengan itu kita bolehlah kemas barang-barang dan bersedia untuk pulang ke rumah. Semasa discharge, anda diingatkan untuk menyemak dan pastikan dokumen ini ada bersama :

 

• Discharge Summary

• Bil Hospital

• Surat MC

 

Ini adalah untuk tujuan rekod dan claim elaun hospital (jika ada). Yang paling penting adalah Surat MC. Terutama bagi yang memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Surat MC ni perlu untuk anda kemukakan kepada majikan. Jangan terlupa pulak. Tak dapat cuti sakit nanti.

 

Kesimpulan

 

Itulah sahaja step by step cara guna medical card. Mungkin perlu saya highlight sekali lagi, kad perubatan hanya cover apabila anda dimasukkan ke wad sahaja kecuali kes kemalangan dan pembedahan harian. Kos rawatan bagi pesakit luar tak cover.

 

Jadi sekarang anda dah tahu cara guna medical card. Gunalah dengan bijak serta pada masa yang sesuai dan jaga polisi kita supaya tidak lapse sebaik mungkin. Sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

8 Responses

  1. Shaz Burn

    perkongsian yg sgt details dan baik. terima kasih tuan.

  2. Yati

    Apakah tugas ejen jika pelanggan sakit dan perlu masuk hospital

    • Khairil Hazri

      Agen boleh cek dulu polisi klien mereka aktif atau tidak serta igtkan semula perlindungan yg berkaitan, contoh; limit tahunan, fullcoverage/ko takaful, dan perkara yg tak dilindungi. Selain itu agen boleh bantu memastikan GL brjalan lancar.

  3. H

    Langkah 1 tu hospital swasta atau kerajaan? Utk diagnos…

    • Khairil Hazri

      Tak kisah, yg penting dapatkan refer letter. Kalau di swasta, bill klinik boleh claim selepas masuk wad.

  4. Ayuni n

    Maaf bertanya…sekiranya saya tak tau siapa ejen saya skrg ni…kpd siapa harus saya bertanya? Sbb ejen sy yg sblm ni dh berhenti

    • Khairil Hazri

      Boleh hubungi hq untuk dapatkan telefon number sevicing agent ayuni, kemudian set appointment untuk review semula polisi ayuni.

  5. Farah

    Kalau dah follow all the steps, tp GL x keluar lg, ada kemungkinan ka GL x lulus ? and boleh ka pastikan GL keluar dulu baru admit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *