Cara Bangsa Lain Buat Duit Dengan Insurans

Ini pengalaman saya bersembang dengan seorang Cina masa lepas aktiviti buat booth di Giant Nilai pada 2013. Dia berkongsi berkenaan cara buat duit dengan insurans. Kebetulan saya terjumpa beliau semasa saya buat aktiviti edarkan flyers tentang takaful. Tiba-tiba dia tanya soalan:

 

“ U tau ka macam mana sesetengah family cina kasi modal untuk Generasi ke 2?”

 

Anda pasti tak percaya jawapan mereka tentang buat duit dengan insurans. Tips ni sangat ‘rare’ orang nak kongsi. Sebab hanya segelintir sahaja yang tahu. Bagi mereka yang betul-betul buat, memang boleh menghasilkan duit.

 

Boleh Percaya Ke Ni?

 

 

Saya cuma mahu kongsikan tips dan cara manfaatkan takaful dalam kehidupan. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri serta pelbagai ‘research’ yang dibuat didalam negara dan luar negara. Terpulang kepada anda sama ada ingin percaya atau tidak.

 

Namun jika anda berminat ingin tahu, teruskan membaca perkongsian ini. Mungkin agak panjang tapi insyaallah akan memberi manfaat kepada anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.

 

Kajian Di Luar Negara

 

 

Kajian mendapati kekayaan beberapa individu di Florence, Italy, adalah melalui perwarisan harta. Yang menariknya, harta kekayaan tersebut telah berpindah milik dan diturunkan dari generasi ke generasi sejak 600 tahun dahulu. Begitu juga dengan kajian yang dibuat di England dan China.

 

Hasil penemuan adalah serupa. Mereka hidup hasil daripada harta yang diwarisi. Generasi awal berusaha keras untuk membina empayar bisnes. Generasi seterusnya pula menyambung legasi tersebut. Dan ada yang empayar tersebut masih kekal dan tetap berdiri utuh. Saya yakin dan pasti. Dekat Malaysia pun ada yang macam tu. Ini membuktikan cara perwarisan ini berlaku di seluruh dunia.

 

Apa Kaitan Hasil Kajian Dengan Buat Duit Dengan Insurans?

 

Berbalik pada soalan di atas semasa saya berbual dengan seorang lelaki Cina yang agak berusia,

“ U tau ka macam mana sesetengah family cina kasi modal untuk Generasi ke 2?”

 Mula-mula saya rasa macam tertanya-tanya. Kenapa dia tanya macam tu. Saya pun jawablah macam ni:

 

“ Sebab ibu bapa tinggalkan bisnes untuk anak diorang”

 

Tapi itu bukanlah jawapan yang uncle tu maksudkan. Memang benar ada yang wariskan perniagaan. Namun apa yang uncle itu mahu sampaikan adalah cara buat duit denga insurans. Ini contoh ringkas yang saya sertakan untuk memudahkan anda faham apa yang dimaksudkan. Anak-anak ( Generasi 2 ) akan membayar insurans hayat untuk Generasi 1.

 

Generasi 1 :ibu / bapa / ibu saudara  / bapa saudara / atuk / nenek

 

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Walau macam mana kau hidup sihat sekalipun, tetap akan merasai kematian. So mereka insuranskan nyawa Generasi 1 untuk wang.

 

Biar Betul Buat Macam Tu?

 

Dengar memang macam kurang hajar. Tapi inilah realitinya. Secara logiknya, kita tetap akan mati. Tak boleh elak. Pepatah cina ada bagitau:

 

“Seorang Cina Mati, 1 Jutawan Lahir.”

 

Berapakah Nilai Yang di Insuranskan? Sila dapatkan nasihat pakar dari Ejen Insurans.

 

  • Selesaikan hutang piutang.
  • Seorang anak cikgu mampu buka taska.
  • Anak kontraktor mampu beli tanah.
  • Seorang anak tokey kedai runcit mampu buka cawangan.
  • Anak tokey basikal mampu buka kedai motor.

 

Apa Yang Kita Sediakan Modal Untuk Generasi Akan Datang?

 

Generasi Akan Datang

 

Sebenarnya ada banyak cara. Salah satunya adalah seperti dalam kisah yang saya share dekat atas. Jika di sebut dalam term takaful ianya lebih kepada Hibah Dengan Takaful. Mungkin anda tak mampu nak insuranskan generasi 1. Boleh mulakan dengan lindungi diri kita. Hibah takaful adalah Instrumen yang paling mudah, murah, cepat dan pasti dalam pembentukan harta pusaka.

 

Agak-agak berapa lama masa anda perlukan untuk menyimpan RM100,000.00 untuk diwariskan? Mungkin 10 tahun atau lebih. Tapi dengan buat hibah takaful, anda tak perlu selama itu bagi memastikan waris anda mendapat sejumlah duit yang sebanyak itu. Cuma anda perlu polisi hibah takaful dan membuat penamaan kepada bakal waris.

 

“Mampus la nak bayar installment takaful tiap bulan.”

 

Mungkin anda rasa macam terbeban nak bayar bulanan. Tapi cuba anda bandingkan jika anda buat maximum ASB Loan. Lagi banyak yang perlu dibayar secara bulanan. Jadi buat ikut kemampuan dan keperluan. Rancang kewangan bermula seawal usia yang boleh. InshaAllah, kena dengan cara, anda boleh simpan di ASB,tabung haji, hibah takaful dan memiliki rumah dalam waktu yang sama.

 

Jangan Wariskan Hutang Pada Generasi Seterusnya…

 

“Bila dah berhutang itu, tetap kena bayar. Kalau buat skill tak bayar, haram!”

 

Sebagai orang Islam, kita kena lunaskan setiap hutang yang kita ada dengan manusia lain. Nabi tak sembahyangkan orang mati syahid sebab ada hutang yang tak lunas. Dahsyat nya beban belenggu hutang ini. Selagi nyawa di dalam badan, mesti lunaskan setiap hutang yang bersangkut dengan manusia lain.

 

Kalau hutang dengan bank? Tak bayar hutang, kena libas. Kemudian, libas kali ke 2, sebab ambil pinjaman dengan institusi riba.2x kena. Zaman kini hampir tidak ada manusia yang boleh hidup tanpa hutang. Mewariskan modal insan kepada generasi akan datang untuk lebih maju adalah lebih baik daripada membebankan mereka dengan hutang.

 

“Kalau tak mampu tinggalkan kesan yang baik dalam hati manusia, jangan pula tanam dalam hati mereka kesakitan yang tak mampu dia lupakan.”

 

Hibah takaful adalah salah satu jalan terbaik untuk anda sediakan sesuatu untuk generasi akan datang. Bagi yang berminat sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. Setakat ini dulu perkongsian saya mengenai cara bangsa lain buat duit dengan insurans. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *