Apa itu Takaful? Pengertian dan Konsep Asas

Dulu sebelum saya menjadi ejen, memang selalu saya dengar perkataan takaful. Tapi saya kurang jelas mengenai apa itu takaful yang sebenarnya. Pada mulanya tanggapan saya yang takaful ini sama saja macam insurans. Cuma nama sahaja yang berlainan. Itu pun saya dengar dari kawan-kawan sahaja. Tak pernah nak betul-betul kaji pasal takaful.

 

Selalunya bila ada ejen yang cuba nak ‘approach’ saya tentang takaful, saya akan buat tak dengar sahaja. Mungkin kurang minat pada masa tu. Sampai lah saya sendiri rasa mahu ambil perlindungan. Masa tu baru saya benar-benar kaji tentang apa itu takaful. Mula cari di internet dan cari rakan ejen untuk menerangkan pada saya. Sehinggalah kini, saya sendiri telah bergelar ejen takaful.

 

Pengertian Apa Itu Takaful?

apa itu takaful

Dari segi perkataan, takaful diambil daripada perkataan arab iaitu ‘kafala’ yang bermaksud menjaga atau menjamin keperluan seseorang. Ini bermaksud permuafakatan antara dua pihak atau lebih, bersetuju untuk saling menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan bencana atau musibah.

 

Itu definasi kepada apa itu takaful. Secara mudahnya takaful ini macam khairiat kematian. Duit dikumpul oleh setiap ahli. Sekiranya berlaku kematian, jadi duit tersebut akan digunakan untuk proses pengurusan jenazah serta pengebumian. Konsep yang sama tapi lebih luas skop yang ditanggung dan terbuka kepada bukan tertakluk pada satu kawasan atau kumpulan sahaja.

 

Konsep Takaful

 

Para ulama telah bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak syari’ah hendaklah berdasarkan konsep takaful islam. Didalam perlaksanaan takaful hendaklah tiada unsur-unsur riba, maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian). Dibawah ini saya senaraikan tentang ciri-ciri utama operasi takaful:

 

a. Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko. Akan tetapi peserta yang saling menjamin dan bersetuju melindungi satu sama lain. Ini berbeza dengan Insurans. Dimana pihak syarikat adalah pihak yang menanggung risiko.

b. Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha menguruskan operasi takaful.

c. Semua bayaran sumbangan yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan dalam satu tabung dana. Dana ini dipanggil dana tabarru’.

d. Dalam masa yang sama, wang yang ada dalam dana tersebut boleh dilaburkan dalam mana-mana perlaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.

 

Cukup untuk kali ini perkongsian saya mengenai apa itu takaful. Mungkin ianya agak ‘berat’ kerana melibatkan definisi dan konsep. Tapi jangan risau, kerana anda tidak perlu jadi expert untuk apply takaful. Ini sekadar perkongsian saya bagi mereka yang rasa nak tahu lebih detail dari biasa. Kalau ada yang rasa nak belajar lebih mendalam mengenai takaful boleh hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu yang saya termampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *