Apa itu Hibah? Pengertian dan Konsep Hibah

posted in: Hibah, Info Takaful | 5

Saya nak tanya anda, pernah dengar apa itu hibah tak? Agak-agak kalau saya tanya, apa jawapan pertama yang bermain di minda anda? Rata-rata yang saya tanya cakap ‘pernah dengar tapi tak faham sangat pasal hibah’. Ada yang cakap hibah pun tak pernah dengar. Saya sendiri pun macam tu jugak sebelum ni. Disebabkan saya berada di bidang takaful, saya  ambik kesempatan untuk belajar dan menghadiri kelas berkaitan hibah supaya saya dapat membantu memudahkan urusan klien saya bila proses hibah ini berlaku pada mereka.

 

Apa itu Hibah?

Maksud hibah mengikut islam adalah pemberian daripada satu individu kepada individu yang lain atau pihak tertentu dan pemberian tersebut dilakukan semasa individu yang memberi masih hidup. Pembahagian hibah tersebut dibuat oleh pemunya harta mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak yang terlibat.

Pemunya harta bebas menghibahkan harta beliau kepada sesiapa sahaja walaupun penama tersebut tiada pertalian darah dengannya. Malahan, orang bukan muslim juga layak menerima hibah sekiranya pemunya harta menamakannya sebagai penama.

Kalau tengok maksud dekat atas ni mungkin anda susah nak faham. Definisi mudah bagi hibah ini adalah ‘hadiah’. Senang cerita macam anda nak hadiah kan sesuatu yang anda punya (cth: rumah) kepada seseorang waris tertentu. Tapi perkara tersebut tidak berkuatkuasa serta-merta. Anda boleh letakkan syarat  tertentu. Contohnya selepas anda tiada barulah dipindah milik.

 

Kenapa buat Hibah?

Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah, pembahagian hibah ini  secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Mengikut hukum faraid harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang ditetapkan. Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan banyak mana yang dia akan terima. Semuanya adalah terpulang kepada anda.

Satu lagi kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang. Akan tetapi semua ini perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup. Kalau tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Demikianlah perkongsian saya tentang apa itu hibah. Semoga anda dapat sedikit gambaran serta manfaat daripada apa yang saya kongsikan diatas. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai hibah, ataupun anda mahu buat hibah dengan takaful, hubungi saya. Insyaallah saya akan membantu anda setakat yang termampu.

5 Responses

  1. unknown

    Saya nak tanya, kalau hibah.. perlu ke si penerima menjelaskan perkara yang sebenar kepada ahli keluarga? seperti apa yang dikatakan oleh si pemberi kepada si penerima?

    • Khairil Hazri

      Tidak menjadi syarat wajib hibah untuk waris menjelaskan kepada ahli keluarga lain, namun jika mahu memberitahu pun tiada masalah.

  2. Nanie MY

    Asslm…sy nak tanya hibah ni jk saya hanya berikan kpdnseseorg secara lisàn shj adakah dah memadai atau perlu secara bertulis jugak.Adakah sah sesuatu hibah jk hanya sekadar penyataan lisan.Tkasih tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *