Anugerah Kegagalan – Untuk Orang Yang Tidak Putus Asa

Ada tak yang tak pernah rasa gagal dalam hidup ni? Maksud saya setiap perkara yang anda nak buat, yang anda impikan semuanya tercapai dengan jayanya. Saya yakin semua orang pernah alami kegagalan. Anugerah kegagalan hanya dirasai oleh orang yang pernah gagal.

 

Kalau nak cerita, memang tak kan abis pasal gagal ni. Sebab skop nya terlalu luas. Cuma perkongsian kali ini saya kecilkan skop kepada bisnes. Gagal dalam bisnes. Tidak kiralah sama ada kecil mahupun besar bisnes yang dijalankan.

 

Ramai orang yang nak jadi kaya. Salah satu cara nak jadi kaya adalah untuk buat bisnes. Dan yang pastinya, tak ada orang yang nak gagal. Kalau boleh semua nak berjaya. Tapi hakikatnya, dunia bisnes ini tidak semudah yang disangka.

 

 

Fall down 7, Stand up 8…

 

Saya nak kongsikan sedikit tentang oil exploration. Agak-agak anda ada tak syarikat minyak sekali buat kerja terus jumpa telaga minyak? Dalam mencari 1 telaga minyak, syarikat minyak perlu melakukan sea mapping, exploration, visualizing, geologist expedition. Complex and cross planning.

 

 

Akhir sekali, untuk confirmation syarikat minyak akan guna kaedah Drilling di sesuatu kawasan. Walaupun sudah buat semua plan, belum tentu akan berjaya jumpa telaga minyak. Kos pula berjuta USD telah hangus.

 

Itu contoh syarikat minyak modal hangus 7 angka. Tapi adakah syarikat minyak tersebut terus gulung tikar? Atau terus tak nak teruskan sebab ‘frust’ tak jumpa telaga minyak? Sudah pasti tidak semudah itu untuk ‘give up’. Nak tak nak kena teruskan juga.

 

Terus cari telaga minyak. Terpaksa mula semula semua proses dari ‘zero’. Akan tetapi bila berjaya menemukan telaga minyak, ianya sudah mencukupi untuk menjadikan syarikat minyak itu buat duit berkali ganda. Dah boleh cover balik semua kerugian sebelum ini.

 

Lagi Kisah Kegagalan…

 

  1. Henry Ford gagal tiga perniagaan sebelum berjaya dengan Ford Motor Company pada usia 53.

 

 

  1. JK Rowling diceraikan dan membesarkan anak-anak dengan bantuan kebajikan. Novelnya “Harry Porter” ditolak oleh 12 buah syarikat penerbitan.

 

 

  1. Oprah Winfrey dibuang kerja sebagai wartawan kerana dia dikatakan tidak sesuai untuk TV.

 

 

  1. Abraham Lincoln kalah tujuh pilihanraya sebelum dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

 

 

  1. Bill Gates tidak berjaya menamatkan pengajian di Harvard University dan bisnes pertamanya Traf-O-Data menemui kegagalan.

 

 

  1. Richard Brandson, dah kaya pada masa kini. Sebelum berjaya dan kaya dengan Virgin Group Berapa siri business beliau yang gagal?

 

 

 

Anugerah Kegagalan – Hanya Untuk Yang Berani

 

 

Rakan-rakan yang berniaga di luar sana, jika anda telah mencuba tetapi apa yang anda usahakan itu gagal, cuba buat dan gagal lagi, dan terus gagal, Bertahanlah. Usah berputus asa walau kadang-kadang rasa nak terjun bangunan tinggi. Sabar, great things takes time.

 

Yakinlah, apabila dapat pegang satu bisnes yang betul-betul menjadi jalan rezeki kepada anda, hilang habis keperitan 7 kali kegagalan. Itulah yang saya maksudkan dengan anugerah kegagalan. Sesuatu yang anda perolehi hanya apabila gagal.

 

Bukan maksud saya nak suruh anda sengaja gagal untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik. Akan tetapi jadikan kegagalan suatu inspirasi. Semak semula yang mana silap. Betulkan dan bermula semula. Tapi anugerah kegagalan ini hanya untuk orang yang berani mencuba. Sebab kalau tak berani cuba, anda tak akan kemana.

 

Percayalah, Ketika di hari tua nanti, kita akan menyesal atas perkara yang tidak pernah dilakukan. Masa tidak boleh diundur. Buat sesuatu pada hari ini, supaya diri kita di masa hadapan akan puas dan tiada sebarang penyesalan.

 

Kita hanya ada 1 nyawa, Jika gunakan dengan sebaiknya, 1 nyawa itu sudah mencukupi.

 

Diharap anda mendapat semangat baru dan terinspirasi setelah membaca perkongsian saya berkenaan anugerah kegagalan ini. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan nak dapat sagunya. Jadi usahalah. Jangan putus asa. Insyaallah kejayaan itu hanya sejengkal saja dari anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *