Ibu Terpaksa Masukkan Amily Wad Emergency Sewaktu 4 Pagi

Terkejut saya tengok handphone selepas solat subuh ada dapat panggilan yang tak terangkat pada pukul 4 pagi. mak klien call bagitahu yang anaknya Amily terpaksa di masukkan wad Gleangles Kuala Lumpur. Pada hari yang sama jugak saya tidak cukup rehat kerana menguruskan isteri saya masuk wad di Sunway Medical Centre akibat demam denggi.

Cepat-cepat saya return call dan memberitahu klien tak perlu risau dan terima kasih memaklumkan kepada saya dahulu untuk masuk wad. Saya kenal beliau ini bukan jenis gelabah sakit sikit terus nak masuk wad. Bila dia dimasukkan ke wad maknanya keadaan anaknya itu serius. Dengan pantas saya follow up dengan pihak hospital dan PruBSN Takaful untuk kelulusan GL.

Alhamdulillah GL lulus dengan cemerlang tanpa ada masalah. Adik Amily sepatutnya layak untuk mendapatkan rawatan bilik single, tetapi disebabkan terlalu ramai masuk wad dan bilik untuk single pula penuh, maka mereka ditempatkan bersama bilik 4 orang. Itu takpalah, janji adik Amily terima rawatan dahulu untuk sembuh. Lagipun Saya sudah memaklumkan pada pihak hospital jika ada bilik single yang available tolong booked untuk adik Amily.

Adik amily dah 2 hari muntah dan cirit birit, sewaktu di masukkan wad adalah hari ke 3 dan kelihatan amat lemah. Kalau dibiarkan lagi boleh memudaratkan kesihatan anak. Ibu bapa mana yang tak risaukan anak dalam keadaan yang macam tu. Maknya 1 hari langsung tak dapat tidur menguruskan kesihatan anaknya. Bertuah sungguh Amily dapat ibu yang penyayang. Saya masih ingat lagi hari pertama saya berjumpa Amily pada masa itu ibunya masih berpantang lagi. Kecil comel sahaja tubuh badan anak itu.

“Result sample najis menunjukkan xde virus. Barangkali Aamily jatuh sakit sebab toksin. InsyaAllah kalau semua bertambah baik, esok petang Aamily dh boleh balik. Senang post sini, semua yang tanya boleh tahu perkembangan, lebih² lagi agen tersayang Aamily tu , uncle Khairil AR . Apa² nnti Mummy gtau uncle esok tau…. 😉”

Mummy & Amily - Gleaneagles Hospital
Mummy & Amily – Gleaneagles Hospital

 

Pada mulanya kami suspek Amily ni terkena Rota Virus kerana ada sedikit simptom contohnya cirit berlarutan dan muntah. Namun doktor tak dapat untuk mengesahkan kerana tidak dapat sample najis Amily. Mana taknya, perut baby dah habis kosong disebabkan cirit 2 hari berterusan dan beliau pun merajuk dah tak lalu nak makan. Pada hari ke3 di wad baru dapat pengesahan dan result adalah negetif rota virus. Syukur Ya Allah tiada yang serius berlaku pada Amily. Beliau di diagnose “normal diarrhea”. Pada keesokkan harinya Amily kelihatan semakin sihat dan boleh balik.

Pada 12hb mei 2017 Amily discharge.
Total bill = RM 4,154.35
Amount not entitle = RM 128 (Admission fee & suppliment)

Bil Perubatan Amily
Bil Perubatan Amily

 

“Saya bukan orang kaya, bukan orang yang ada²… cuma saya merupakan payer insurance anak saya sebab saya rasa perlu. Jadi jangan kecam bila tengok bil RM 4000++ ni macam saya berkepok² duitnya tapi tak roger member or sedara mara 😂 (doakan yea… Aamin 😇) . Bak kata agent tersayang sy, abam Khairil AR ‘JANGAN RISAU, PRUDENTIAL KAN ADA.’ (Walaupun saat ni bininya kak gmah pun admitted kt hospital). 

Bukan setakat bill hospital, makanya claim klinik anak saya walaupun jumlah yang puluhan tu masih layak untuk saya claim. Kenapa Gleneagles? Meh saya explain: 

√ Pediatrik treatment the best as far as i know.

√ Dekat dengan umah. Tak sampai 5 minit dah sampai. 

√ Berdepan dengan workplace husband saya, Abdul Saddam Mask . Sebab dengan husband² skali tido hospital jaga anak. Gigih weh. 💪

√ Facilities, Doctor, Nurse, Food semua best dan terbaik.


Alhamdulillah keadaan Aamily beransur pulih walaupon belum 100% recovered. Dan dia more clingy dek kerana mummy 24/7 berkepit je masa dia sakit. So, bila sampai rumah dia nk orang mengadap je muka dia. 😅


Last word, Thanks prudential.

#takyahnakkecamsangat

#customerreview 

Selamat Malam.”

Anda tak perlu kaya untuk masuk ke hospital swasta untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dan selesa. Anda hanya perlu urus simpanan anda sediakan perlindungan takaful sebelum kebocoran yang tak tertanggung. Yelah cuba bayangkan RM4,000.xx tu? Sedara atau adik beradik mana yang boleh bantu kita?

Lagi satu kena ingat, kalau takda takaful, sekiranya HKL penuh ? Hospital mana lagi yang kita nak pergi?
Tapi bila ada takaful, anda tak perlu risau HKL penuh. Ada lebih 8 Panel hospital pakar dan besar di sekitar KL untuk kita dapatkan rawatan.

Saya pernah memberitahu ibunya suatu masa dulu:

“Buatkan takaful untuk anak inilah yang paling berbaloi kerana anak bawah 2 tahun ni paling mudah sakit dan masalah keduanya kita sebagai ibubapa pun tak tahu anak kita sakit apa. Sebab anak kecil ni tak mampu bercakap lagi. Buatlah medikal kad 1, pasti puan takkan menyesal.” 

Terima kasih kerana menghargai khidmat takaful saya dan semoga adik Amily terus sembuh dan tiada lagi sakit selepas ini. Buatlah medikal kad untuk anak anda kerana takaful memudahkan urusan anda apabila memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *