Rider Tambahan – Menjadikan Pelan Anda Lengkap Dengan Perlindungan Ekstra
Jika anda perasan setiap produk PruBSN Takaful yang saya kongsikan dalam laman ini mesti ada bercakap mengenai rider tambahan. Namun saya tak ceritakan ‘detail’ tentangnya pun. Oleh itu, pada perkongsian kali ini saya akan dedahkan tentang kelebihan rider tambahan kepada anda kerana anda sememangnya akan terkejut dengan kelebihan yang bakal anda perolehi jika anda memilikinya.
Analogi Pelan Takaful
Anda bayangkan pelan takaful ini macam ‘nasi lemak’. Secara asasnya nasi lemak punya package adalah nasi, timun, ikan bilis, kacang dan sambal. Namun kini nasi lemak telah berevolusi menjadi lebih ‘urban’. Macam-macam lauk ada. Tapi harus diingat, kalau tambah lauk lain, harganya pun jadi berbeza-beza.
Begitu juga dengan pelan takaful. Anda boleh menambah perlindungan ekstra bagi memenuhi keperluan anda. Selain itu, anda juga perlu menimbang tara bajet yang diperuntukkan bagi pelindungan tersebut. Anda tak perlu risau. Jika anda memerlukan khidmat konsultasi, saya sedia membantu.
Apa itu Rider Tambahan?
Seperti yang saya katakan diatas, rider ini adalah satu bentuk perlindungan tambahan. Kebiasaannya sesuatu pelan hanya menawarkan perlindungan asas. Jadi dengan menambah rider, ianya akan menjadikan suatu pelan takaful memberikan perlindungan yang lengkap.
Dengan seleksi rider yang tertentu serta perlindungan yang berbeza mengikut kesesuaian anda menjadikan pelan takaful PruBSN adalah fleksibel. Anda boleh memilih untuk mengambil perlindungan asas dan disertai dengan rider yang anda rasakan perlu.
Kenapa perlu Rider Tambahan?
Senarai Rider Tambahan
